Pemandu lori mati dibelasah teruk


Johor Bahru – Polis memburu empat lelaki yang dipercayai terbabit dalam kejadian membelasah seorang pemandu lori yang mengakibatkan kematian mangsa, Jumaat lalu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, selepas berjaya menahan seorang lelaki pihaknya berusaha mengumpul maklumat bagi memberkas baki empat suspek itu.
Menurutnya, semua keterangan daripada individu yang terbabit dan saksi direkod bagi membantu siasatan kes.
“Siasatan awal mendapati mangsa mungkin ditumbuk dan dibelasah dengan teruk terutama di kepalanya mengakibatkan kecederaan parah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh dan saksi kejadian diminta tampil memberi maklumat dengan menghubungi balai polis berhampiran,” katanya, lapor Hmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan