MH370 Isyarat baru dikesan


PERTH: Sebuah pesawat Australia yang terbabit pencarian penerbangan MH370 mengesan isyarat baru di dalam air, hari ini.

Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), Ketua Marsyal Udara (B) Angus Houston berkata, pesawat P-3 Orion membuat penemuan itu di kawasan beberapa isyarat dikesan sebelum ini ketika kerja-kerja melepaskan boya pengesan bunyi.

"Maklumat ini memerlukan analisis selanjutnya," katanya dalam satu kenyataan.

Jika disahkan, isyarat ini akan menjadi isyarat kelima dikesan bawah air dalam usaha pencarian MH370. - AP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan