Pondok kebun jadi sasaran penagih


BESUT - Penagih di kawasan ini dipercayai terdesak untuk mendapatkan wang bagi mendapatkan bekalan dadah (pil kuda) sehingga sanggup menyelongkar pondok milik penduduk kampung di kawasan kebun dan dusun, di sini.
(Gambar Atas Sekadar Hiasan)
Pekebun yang mahu dikenali sebagai Reduan berkata, pencuri yang disyaki penagih itu sanggup mencuri periuk, parang atau cangkul yang ditinggalkan untuk dijual sebagai besi buruk bagi mendapatkan wang dengan mudah.

“Kami minta pihak berkuasa pantau jika ada pihak yang bertindak menjadi pembeli besi buruk di kawasan ini dan mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.
--Sinar Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan