Kanak-kanak maut terjatuh dari aras tiga The Gardens
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak berusia 7 tahun, maut apabila, terjatuh dari aras tiga pusat membeli-belah The Gardens Mall. Semasa mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Muhammad Azlee Abdullah berkata Nurul Emielda Nadia Sallehuddin itu yang mengikut keluarganya untuk membeli-belah di situ, dipercayai telah memanjat eskalator dan terjatuh. Polis berkata hasil temu bual dengan bapa mangsa mendapati, bapanya terlepas pandang dan mendapati anaknya terjatuh ke aras Ground. Hasil pemeriksaan badan mangsa mendapati bahagian kepala mangsa telah pecah. Mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat. Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/kanak-kanak-maut-terjatuh-dari-aras-tiga-the-gardens-36921?cp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan