Kenal 7 Tahun, Kahwin Setahun- Suaminya Rupanya WANITA!
Biarpun sudah bercinta lebih dari tujuh tahun dan berkahwin lebih setahun, suami kepada seorang wanita di Singapuran enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya. Wanita itu, Chua Soo Fong, 47, mendakwa suaminya lebih berminat kepada harta bendanya dari dirinya, sehingga sanggup memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari mengadakan hubungan seks, memetik laporan portal Stomp. Menurut laporan laman portal Lianhe Wanbao, lebih mengejutkan selepas memfailkan penceraian pada Februari 2011 Chua mengetahui bahawa suaminya itu sebelum itu merupakan seorang wanita. Dari laporan mahkamah, ia menyebut suaminya, Chai Woon Wuy, 51, telah menjalani pembedahan menukar jantina, dan kemudian mengakui pada isterinya bahawa dia tidak boleh memberikan zuriat dalam perkahwinan mereka. Pasangan itu bertemu di internet pada tahun 2002 dan telah mula tinggal bersama ketika menjalinkan cinta. Dalam masa tujuh tahun, Chua berkata dia dan pasangannya itu hanya bercium dan tidak langsung menjalankan hubungan intim biarpun sebumbung. Selepas berkahwin pada 2009, pasangan mula memberikan alasan mengelak seks. Chai akan memberikan alasan letih, tidur di ruang tamu dan juga ada ketika sampai ke tahap tidur di bilik ahi keluarganya. “Dia pernah menyuruh saya mencari orang lain untuk mengadakan hubungan seks,” katanya. Chua berkata ada satu ketika, dia hendak membeli sebuah apartment berharga SD$730,000 Dolar Singapura di bawah namanya sebagai rumah mereka pada tahun yang sama, tetapi Chai meminta menjadi pemilik bersama sebagai salah satu syarat berkahwin dengannya. Manakala melalui laporan Shin Min Daily News pula, isterinya berkata suaminya itu kerap meminjam wang daripadanya dan juga membuat pinjaman daripada bank bernilai SD$80,000 Dolar Singapura. Biarpun telah bercerai, mereka berdua masih perlu menghadapi prosiding saman berkaitan kes aset. Sementara itu, bagi pihak Chai pula, dia sudah kehilangan rasa kasih ke atas isterinya selepas melihat masa depan mereka bakal menjadi malang selepas berkahwin. Dia juga sudah tidak merasakan isterinya mempunyai penampilan yang menarik dan berkahwin dengan Chua hanya kerana rasa simpati dengannya. “Ketika saya bercinta dengannga, saya hilang kerja saya, selepas kami berkahwin, dia berubah menjadi agresif, mengherdik saya di hadapan orang ramai sehingga menjatuhkan maruah saya,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan