Periksa semua jenama coklat
Putrajaya: Pemeriksaan terhadap semua jenama coklat di negara ini akan dilakukan Kementerian Kesihatan bagi memastikan produk berkenaan bebas dari sebarang pencemaran DNA babi (porcine) seperti yang
dikesan dalam dua coklat keluaran Cadbury. Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, tindakan berkenaan diambil bagi memastikan masalah itu tidak membabitkan coklat berjenama lain. “Jenama lain juga akan diperiksa, bukan hanya Cadbury. Pemeriksaan membabitkan produk coklat pelbagai jenama di pasaran tempatan, setakat ini hanya dua produk Cadbury yang ada DNA babi, manakala coklat susu didapati negatif. “Ini adalah tanggungjawab kementerian mengikut Akta Makanan 1983 bagi memastikan setiap bahan yang terkandung dalam sesuatu produk makanan dinyatakan dengan jelas pada label produk berkenaan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.
Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan