Adik meraung di sisi mayat abang


Alor Gajah – “Dia pernah hampir lemas di Pantai Kundur, Batu Pahat, Johor ketika usianya setahun, namun berjaya diselamatkan,” kata Rosliza Kadir, 45, ibu kepada Mohd Firdaus Azman, 16, yang mati lemas di Pantai Pengkalan Balak, Masjid Tanah, semalam. Dalam kejadian jam 7.40 pagi, Mohd Firdaus lemas apabila cuba mengambil bola di dalam laut sebelum mayatnya ditemui pasukan penyelamat di dasar laut hampir empat jam kemudian. Rosliza berkata, pada mulanya mereka sekeluarga bercadang mandi di air terjun, namun arwah beriya-iya hendak ke pantai kerana memaklumkan sudah lama tidak berkelah bersama keluarga. “Saya minta Mohd Firdaus bersarapan bersama-sama dulu sebelum mandi dan bermain bola di tepi pantai. Bagaimanapun dia tetap mahu bermain bola dulu sebelum bersarapan. “Tidak sampai beberapa minit, dia hilang di dasar laut,” katanya ketika ditemui, semalam, lapor Hmetro.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan