Pembangkang Tidak Ada Integriti… Sudah Menipu Pun Nak Tipu Lagi…

KUALA LUMPUR,  25 Nov – “Kita memang dah lama tahu  isu pengundi hantu warga Bangladesh yang diuar-uarkan oleh pihak pembangkang sejak PRU13 lalu memang tak betul, tapi memang dah kerja mereka untuk putar belit isu demi kesinambungan politik mereka”, demikian kata  Ahli Parlimen Kota Tinggi, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid.

Justeru tegasnya beliau tidak terkejut dan akhirnya Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim buat pengakuan kononnya dia tidak pernah sebut pun wujud 40,000 pengundi warga Bangladesh yang dipergunakan BN untuk mengundi pada PRU13 yang lalu.

“Ini masalah integriti. Saya pernah cakap dulu, mereka ‘hentam, kemudian dia hukum’. Dia tuduh kita (BN) bawa pengundi `hantu’, kalau kita bawa pengundi hantu, kita dah menang besar, tapi dia (pembangkang) yang menang banyak.

“Isu 40,000 warga bangladesh ini tak betul, ianya satu tuduhan dan fitnah jahat yang dibuat oleh mereka semata-mata untuk memburuk kerajaan dan parti BN,” katanya di sini, hari ini.

Sehubungan dengan itu, beliau  mengajak rakyat untuk menilai semula peranan pembangkang di Malaysia yang jelas tidak ikhlas untuk memperjuangkan nasib rakyat, sebaliknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

“Banyak sangat pembohongan demi pembohongan yang mereka buat, jangan lupa juga pada sandiwara ’16 September’, ini juga pembohongan yang besar  semata-mata untuk mendapatkan kuasa.

“Kita akui kerajaan BN tidak sempurna, tapi apa yang kita cakap, kita buat. Apa yang kita buat, kita nilai semula. Kalau kita salah, kita terima tapi sepanjang 56 tahun, kita lebih berintegiti, sudah sekian lama kita membuktikan pentabiran kita aman dan damai, rakyat dapat lihat tetapi tidak dengan pakatan pembangkang, hanya pandai mewujudkan suasana tidak aman semata-mata untuk kuasa politik mereka,” ujarnya lagi. -MediaUMNO

**** Sila ikuti wawancara Ahli Parlimen Kota Tinggi, Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid di Youtube MediaUMNO

Tiada ulasan:

Catat Ulasan