Dua maut dirempuh lori pasir


Johor Bahru: Dua penunggang motosikal maut manakaka seorang lagi penunggang putus kedua-dua belah kaki selepas dirempuh lori pasir yang terbabas dari laluan bertentangan di Lebuhraya Pasir Gudang pada jam 7.45 pagi tadi.
(Gambar Hiasan)
Mangsa yang maut ialah Mohd Nazrin Kahar, 40, dan Lim Kun Yong, 54, manakala yang parah dan berusia lingkungan 40an sedang dikenal pasti identitinya.
Ketiga-tiganya menunggang motosikal secara berasingan.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Pandan untuk bedah siasat.


Mangsa yang cedera parah juga dirawat di HSI.


Pemandu lori pasir sudah ditahan bagi membantu siasatan.
--Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan