Pemandu maut tersepit kontena


Nilai: Seorang pemandu maut apabila kontena mengandungi barangan elektronik yang mahu diturunkannya tergolek sebelum menghempap kepala lori menyebabkan mangsa tersepit di ruang memunggah barang di sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Nilai 7, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, mangsa B Gobalan, 44 mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
--Hmetro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan