REMBAU - Tanda tanya seorang penduduk yang menghidu bau busuk dari rumah jirannya terjawab apabila menemui mayat jirannya yang tinggal berseorangan di Rumah Rakyat Sungai Layang, dekat sini, pagi semalam.
Dalam kejadian kira-kira 10.30 pagi itu, mangsa yang juga pesara tentera, Zabir Khalid, 67, ditemui mati dalam keadaan menangkup di hadapan pintu bilik airnya.
Menurut jirannya, Muhd Rafiee Abdul Rashid, 20, pada pagi kejadian, rakan neneknya ada datang ke rumah untuk memaklumkan mengenai rasa tidak sedap hati apabila terhidu bau busuk dari rumah jiran.
“Kebetulan ketika itu nenek tiada di rumah, jadi saya tawarkan diri untuk meninjau keadaan di dalam rumah jiran yang berbau busuk melalui tingkap hadapan rumahnya. Sebaik meninjau saya ternampak tubuh jiran dalam keadaan menangkup di hadapan pintu bilik air.
“Saya bergegas pergi ke rumah ketua kampung bagi memaklumkan hal ini. Jika diikutkan, kali terakhir kami melihat arwah pada Sabtu lepas,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian, dekat sini, semalam.
Seorang lagi penduduk, Noriedah Babah, 45, berkata, pada Jumaat lalu, dia ada datang ke rumah arwah untuk menyerahkan kad jemputan menerima bantuan sempena Program Karisma Peringkat Negeri Sembilan di Balairaya Bongek.
“Pada masa itu, arwah berbual seperti biasa dan tidak pula nampak tanda-tanda tidak sihat," katanya.
Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sungai Layang, M Shaker Idris berkata, dia menerima panggilan daripada isterinya, Chempaka Lapanda, 51, yang memaklumkan kejadian itu.
“Saya terus menghubungi pihak polis dan bergegas pulang ke Rumah Rakyat Sungai Layang. Arwah tinggal di rumah berkenaan kira-kira enam tahun lalu," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mizan Md Dom ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan menyatakan kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
“Berdasarkan keadaan mayat, kita jangkakan mangsa meninggal kira-kira dua hari lalu. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban bagi bedah siasat," katanya.
--Sharian
KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Catat Ulasan