1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
LATEST NEWS
Memaparkan catatan dengan label World News. Papar semua catatan

6:30 PG
NEW DELHI: Seorang wanita Malaysia yang berkunjung ke Jaipur, Rajasthan atas urusan perniagaan, didakwa dirogol pada Jumaat oleh seorang lelaki yang ditemuinya di sana.
"Kami telah menahan lelaki itu atas dakwaan merogol seorang wanita Malaysia pada Jumaat. Dia penduduk Bhilwara," menurut Indo-Asian News Service memetik Timbalan Pesuruhjaya Polis (Jaipur Timur), Amandeep Singh sebagai berkata.
Lelaki itu berusia 30 tahun.
Menurut laporan itu, wanita terbabit dalam aduannya berkata dia datang ke Jaipur tiga hari sebelum itu atas urusan perniagaan dan berjumpa lelaki berkenaan.
Kedua-dua mereka makan di sebuah hotel lima bintang pada Khamis malam dan dari situ lelaki itu memandunya ke sebuah tempat yang sunyi dan mendakwa dia dirogol di dalam kereta selepas diberi minuman yang dimasukkan dadah.
Lelaki itu kemudian meninggalkannya di hadapan hotel penginapannya, menurut laporan itu.
Wanita itu berjaya menghubungi sebuah kereta polis di kawasan berhampiran Jawahar Circle di bandar raya ini dan membuat aduan. Lelaki terbabit ditahan dalam tempoh tiga jam.
"Kami menerima aduan itu secara bertulis dan sedang menyoal siasat lelaki terbabit," laporan itu memetik Amandeep sebagai berkata.
Sementara itu, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi telahpun menghubungi mangsa.
"Dia selamat dan pihak berkuasa di Jaipur memberi kerjasama penuh kepada kami berhubung insiden ini," kata seorang pegawai ketika dihubungi hari ini.
Bantahan terhadap keganasan seksual di India semakin memuncak sejak insiden rogol beramai-ramai dan bunuh seorang pelajar di dalam sebuah bas di Delhi pada 2012.
Statistik rasmi menunjukkan kira-kira 25,000 kes rogol dilakukan setiap tahun di India, negara yang dihuni 1.3 bilion penduduk.
Pada awal tahun ini seorang wanita warga Denmark berusia 51 tahun mendakwa dirogol beramai-ramai di Delhi. Dia dirompak dan dirogol oleh suspek bersenjatakan pisau.
Dalam tempoh sama, seorang wanita Jerman berusia 18 tahun juga dilaporkan dirogol oleh seorang lelaki yang berkongsi kompartmen dengannya di dalam kereta api ketika dalam perjalanan dari Mangalore ke Chennai di selatan India.
Kejadian rogol berlaku setiap 22 minit di India, bagaimanapun serangan yang kurang dilapor bermakna kekerapannya mungkin lebih tinggi. - Bernama
Rakyat Malaysia diperkosa di Jaipur

Labels:
World News
12:09 PG
GARA-GARA terkejut melihat wajah kekasihnya buat pertama kali, seorang lelaki di Filipina bertindakmembunuh diri dengan terjun dari tingkat empat sebuah pusat beli-belah.
Mark Anthony Perez dikatakan terlalu kecewa selepas wajah kekasihnya tidak secantik dalam gambar yang dimuatnaiknya di internet.
Pasangan itu berpacaran empat bulan lalu selepas berkenalan menerusi laman sosial dan tidak pernah bertemu lantaran jarak tempat yang jauh antara satu-sama lain.
Kekasihnya kerap menggunakan aplikasi Camera 360 dan Retrica bagi mengubahsuai wajahnya untuk kelihatan cantik dan menarik.
“Saya ingat awak sangat cantik, tetapi saya bodoh kerana percayakan gambar awak sedangkan semuanya telah diubahsuai,” katanya kepada wanita itu biarpun dia sudah mengenakan solekan tebal.
Selepas pertemuan itu, Mark menangis dan tidak mampu mengawal diri sehingga bertindak membunuh diri.
Dia mati serta-merta akibat kecederaan dalaman termasuklah pada paru-paru dan otaknya, lapor Mynewshub.
Bunuh diri selepas lihat wajah kekasih

11:24 PTG
SEORANG ibu berusia 42 tahun yang melakukan hubungan seks dengan seorang remaja 15 tahun dipenjara selepas hakim dimaklumkan bahawa wanita itu telah melahirkan anak kepada remaja berkenaan.
Helen Cartwright yang merupakan wanita berkahwin dan mempunyai dua anak melakukan hubungan itu dengan seorang remaja yang 27 tahun lebih muda, selepas kedua-dua mereka mulai rapat sejak beberapa bulan.
Menerusi pendengaran kes di Mahkamah Wolverhampton Crown, wanita itu turut membuat pengakuan kepada polis bahawa dia mengetahui remaja berkenaan masih di bawah umur.
Hubungan mereka pada awalnya hanya sekadar “berpelukan dan bercumbuan” sebelum mereka akhirnya melakukan hubungan seks di kediaman wanita itu di Dudley, West Midlands, pada Mei tahun lalu.
Mereka kemudiannya menjadi pasangan kekasih ketika remaja itu berusia 16 tahun dan selepas wanita tersebut meninggalkan suaminya.
Dia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun, selepas mengaku melakukan hubungan seksual bersama seorang ‘kanak-kanak’ di bawah usia 16 tahun, kepada Mahkamah Wolverhampton Crown.
Dia turut diberikan perintah pengawasan selama dua tahun.
Hakim, Judge John Warner memberitahu Cartwright: “Anda bukanlah seorang yang sofistikaed dan adalah jelas tidak mengetahui implikasi terhadap perbuatan yang anda lakukan.
“Anda tidak sepatutnya membenarkan meneruskan perkara yang anda telah lakukan.
“Adalah jelas terdapat perbezaan dari segi usia,” katanya, lapor mStar.
Ibu lakukan seks dengan remaja 15 tahun

11:06 PTG
SURABAYA – Lebih 1,000 orang pekerja seks di sini mengadakan tunjuk perasaan semalam bagi membantah rancangan pemerintah untuk menutup sebuah kawasan pelacuran yang merupakan antara yang terbesar di Asia Tenggara.
Kawasan pelacuran itu yang dikenali sebagai daerah Dolly tidak pernah diganggu oleh pihak berkuasa sejak beberapa dekad lalu.
Bandar raya ini merupakan kota metropolitan kedua terbesar di Indonesia.
Namun, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berikrar akan menutup lokasi tersebut menjelang 18 Jun ini.
Nama Dolly berasal daripada seorang ibu ayam warga Belanda yang menguruskan sebuah rumah pelacuran di lokasi itu semasa pemerintahan penjajah di Indonesia.
Bagaimanapun, ramai wanita yang bekerja di daerah Dolly memberitahu, mereka akan hilang mata pencarian jika lokasi tersebut ditutup
Seorang wartawan agensi berita AFP yang berada di lokasi kejadian semalam berkata, kira-kira 1,200 pekerja seks berarak di sepanjang daerah tersebut.
Mereka kemudian menulis surat bantahan kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono dan Suruhanjaya Kebangsaan Hak Asasi Manusia.
“Wanita-wanita itu tiada pilihan kecuali bekerja sebagai pelacur untuk menyara diri sendiri dan keluarga masing-masing,” kata seorang aktivis tempatan, Anisa.
“Mereka tidak dapat mencari pekerjaan lain kerana kurang kemahiran dan berpelajaran rendah. Mereka tiada pilihan tetapi bekerja di sini,” tambahnya.
Tri sebelum ini berjanji memberikan bantuan kewangan kepada pekerja-pekerja seks tersebut apabila pusat pelacuran tersebut ditutup.
Beliau juga berkata, pihak berkuasa tempatan juga berjanji akan mengajar kemahiran baharu seperti menghasilkan kraftangan kepada mereka, lapor AFP.
Penutupan pusat seks dibantah

10:30 PTG
BANDUNG – Kerana cinta, seorang janda beranak dua sanggup membahayakan dirinya dengan menyeludup dadah jenis syabu seberat 25.3 gram yang disembunyi di dalam kemaluannya di penjara Banceuy, lapor media semalam.
Dadah itu, kata polis, dibawa masuk untuk diserahkan kepada salah seorang daripada banduan di penjara berkenaan yang menjadi kekasih suspek.
Bagaimanapun, kata sumber, cubaan itu digagalkan selepas pihak penjara menjalankan pemeriksaan teliti terhadap janda terbabit, lapor Utusan.
Janda sorok dadah dalam kemaluan

9:29 PTG
Cornwall, England: Seorang lelaki yang gagal mengawal “nafsu” pelik terhadap lembu dihukum penjara selepas dia mengancam untuk membunuh sebuah keluarga yang cuba menghalang berahinya.
David Truscott, 43, dilaporkan berulang kali berguling di kandang lembu dalam keadaan bogel untuk memuaskan nafsunya di sebuah ladang di Redruth, Cornwall.
Dalam perbicaraan di Mahkamah Exeter Crown semalam, Truscott dikatakan melakukan aksi tidak senonoh itu selama lapan tahun.
Mahkamah juga diberitahu, Truscott bertindak membalas dendam ke atas pemilik ladang itu – Clive dan Jackie Roth – apabila mereka menghalang tindakannya itu.
Dia yang dipenjarakan pada 2005, 2009 dan 2011 atas tindakan yang dilakukan, berulang kali membakar bangsal, traktor, kandang dan rumput kering di ladang itu.
Tahun lalu, dia mengaku mengancam untuk membunuh keluarga Roth dan memusnahkan harta benda mereka.
Kini tempoh hukumannya dilanjutkan kepada 10 tahun berikutan laporan pemeriksaan yang dilakukan pakar psikologi ke atasnya.
Hakim Philip Wassall memberitahu, akibat gangguan Truscott bahawa keluarga Roth sentiasa hidup dalam ketakutan.
“Apabila keluarga itu mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghalang kamu menceroboh ladang mereka, kamu mula melakukan jenayah ini.
“Kamu juga menyatakan tidak kisah dimasukkan ke penjara asalkan dendam kamu terbalas.
“Itu memberi impak buruk kepada keluarga ini dan menyebabkan mereka hidup dalam ketakutan,” katanya.
Wassall juga memberitahu Truscott, dia akan menghabiskan masa lima tahun pertama di penjara dengan menjalani rawatan di hospital.
Truscott kemudian perlu menyambung tempoh lima tahun lagi di dalam penjara.
Mahkamah juga mengeluarkan perintah yang melarangnya mendekati ladang itu.
Peguam pendakwa, Elanor Purkis berkata defendan mempunyai nafsu pelik terhadap binatang.
Pada September 2009, Truscott dihukum penjara 16 minggu selepas berbogel di kandang lembu bagi memuaskan nafsunya.
Selepas dibebaskan, dia kembali ke ladang itu dan melakukan perkara yang sama, menyebabkan dia dipenjara 20 minggu lagi.
Truscott dipenjara selama dua tahun pada September 2011 selepas polis menahannya dalam keadaan bogel di ladang itu dan mengganggu keluarga Roth.
Kali terakhir dia melakukan perkara itu adalah pada Jun tahun lalu, lapor Agensi.
Lelaki gagal kawal nafsu pelik terhadap lembu

7:06 PG
Biarpun sudah bercinta lebih dari tujuh tahun dan berkahwin lebih setahun, suami kepada seorang wanita di Singapuran enggan mengadakan hubungan seks dengan isterinya. Wanita itu, Chua Soo Fong, 47, mendakwa suaminya lebih berminat kepada harta bendanya dari dirinya, sehingga sanggup memberikan pelbagai alasan untuk mengelak dari mengadakan hubungan seks, memetik laporan portal Stomp. Menurut laporan laman portal Lianhe Wanbao, lebih mengejutkan selepas memfailkan penceraian pada Februari 2011 Chua mengetahui bahawa suaminya itu sebelum itu merupakan seorang wanita. Dari laporan mahkamah, ia menyebut suaminya, Chai Woon Wuy, 51, telah menjalani pembedahan menukar jantina, dan kemudian mengakui pada isterinya bahawa dia tidak boleh memberikan zuriat dalam perkahwinan mereka. Pasangan itu bertemu di internet pada tahun 2002 dan telah mula tinggal bersama ketika menjalinkan cinta. Dalam masa tujuh tahun, Chua berkata dia dan pasangannya itu hanya bercium dan tidak langsung menjalankan hubungan intim biarpun sebumbung. Selepas berkahwin pada 2009, pasangan mula memberikan alasan mengelak seks. Chai akan memberikan alasan letih, tidur di ruang tamu dan juga ada ketika sampai ke tahap tidur di bilik ahi keluarganya. “Dia pernah menyuruh saya mencari orang lain untuk mengadakan hubungan seks,” katanya. Chua berkata ada satu ketika, dia hendak membeli sebuah apartment berharga SD$730,000 Dolar Singapura di bawah namanya sebagai rumah mereka pada tahun yang sama, tetapi Chai meminta menjadi pemilik bersama sebagai salah satu syarat berkahwin dengannya. Manakala melalui laporan Shin Min Daily News pula, isterinya berkata suaminya itu kerap meminjam wang daripadanya dan juga membuat pinjaman daripada bank bernilai SD$80,000 Dolar Singapura. Biarpun telah bercerai, mereka berdua masih perlu menghadapi prosiding saman berkaitan kes aset. Sementara itu, bagi pihak Chai pula, dia sudah kehilangan rasa kasih ke atas isterinya selepas melihat masa depan mereka bakal menjadi malang selepas berkahwin. Dia juga sudah tidak merasakan isterinya mempunyai penampilan yang menarik dan berkahwin dengan Chua hanya kerana rasa simpati dengannya. “Ketika saya bercinta dengannga, saya hilang kerja saya, selepas kami berkahwin, dia berubah menjadi agresif, mengherdik saya di hadapan orang ramai sehingga menjatuhkan maruah saya,” katanya. – MYNEWSHUB.MY
Kenal 7 Tahun, Kahwin Setahun- Suaminya Rupanya WANITA!

5:38 PTG
LAUT ATLANTIK – AMERIKA SYARIKAT. Sebuah kapal perang Tentera Laut Amerika Syarikat dilaporkan menemui badan kapal layar UK Cheeki Rafiki yang hilang sejak 15 Mei lalu di utara Laut Atlantik, semalam.
Menurut pengawal pantai AS, perenang pasukan penyelamat telah mengetuk badan kapal untuk memastikan mangsa masih hidup namun tiada jawapan.
“Rakit keselamatan yang ada di dalam kapal tersebut tidak digunakan dan masih dalam keadaan baik,” katanya yang dipetik portal BBC, hari ini.
Difahamkan, kapal tersebut dilayari oleh empat kru iaitu Paul Goslin, 56, dari West Camel, Somerset; Steve Warren, 52, dari Bridgwater, Somerset; Andrew Bridge, 22, dari Farnham, Surrey; dan James Male, 22, dari Romsey, Hampshire.
Kapal layar tersebut sedang dalam perjalanan pulang dari Antigua ke Britain selepas menyertai Minggu Pelayaran Antigua di St. Paul pada 15 Mei lalu.
Operasi menyelamat yang melibatkan dua pesawat dan dua kapal air dikerah sebaik sahaja hubungan komunikasi kapal tersebut dan menara kawalan terputus.
Dalam pada itu, keluarga mangsa yang telah dimaklumkan oleh pihak berkuasa kekal bertenang sebaik sahaja menerima berita tragedi tersebut.
“Kami tahu mereka masih hidup di luar sana, sebagai ahli keluarga, kami harus sentiasa berfikiran positif,” kata salah seorang ayah mangsa, Graham Male.
Penemuan pasukan penyelamat mendapati tingkap badan kapal tersebut telah pecah dan kabin kapal layar tersebut telah dipenuhi air.
--sinar
Terkini Tentera Laut AS temui badan kapal hilang

9:07 PG
Kisah berkenaan seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan dirogol oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan.
Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu;
baca lagi :http://lamanizzs.blogspot.com/2014/05/video-rakaman-cctv-mahasiswi-malaysia.html
[VIDEO] Rakaman CCTV Mahasiswi Malaysia Diperkosa Di Indonesia Tersebar
Kisah berkenaan seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Bandung yang diculik dan dirogol oleh 3 lelaki di dalam kereta, merupakan sesuatu yang mengejutkan dan di luar dugaan.
Berikut adalah rakaman cctv berhubung insiden tidak diingini itu;
Labels:
Video
,
World News
8:16 PG
BANGKOK: Bekas perdana menteri Thailand, Yingluck Shinawatra dilaporkan telah ditahan pihak kerajaan tentera Thailand pada Jumaat.
Menurut laporan agensi berita Reuters, turut ditahan, saudara perempuan dan ipar lelakinya serta dua lagi saudara Yingluck yang memegang jawatan kanan dalam politik.
Jelas tentera, penahanan Yingluck itu tidak akan dibuat lebih dari seminggu.
Pihak tentera dikatakan cuma perlu membetulkan keadaan dalam negara terlebih dahulu.
Lokasi Yingluck ditahan bagaimanapun tidak didedahkan.
Tentera junta Thai hari ini memanggil lebih seratus pemimpin negara itu yang digulingkan untuk melapor diri ke pejabat tentera di Bangkok, selepas melakukan rampasan kuasa pada Khamis.
Rejim tentera yang diketuai Jeneral Prayut Chan-O-Cha turut mengumumkan bahawa tindakan tentera mengambil alih pentadbiran negara dilakukan setelah keadaan huru-hara akibat ketidakstabilan politik berlanjutan sehingga beberapa bulan.
Read more at:http://www.astroawani.com/news/show/bekas-perdana-menteri-thailand-ditahan-kerajaan-tentera-36416?cp
Bekas perdana menteri Thailand ditahan kerajaan tentera

9:27 PTG
Riyadh – Seorang pembantu rumah warga Filipina mengalami kecederan melecur yang teruk selepas dicurah dengan air panas yang sedang menggelegak oleh ibu kepada majikannya, kerana lambat membancuh kopi.
Wanita berusia 23 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Fatma, hanya dibawa ke hospital selepas enam jam kejadian itu berlaku.
Dia yang mengalami kecederaan lecur di bahagian belakang dan kaki, kemudiannya menyerahkan numbor telefon sepupunya kepada kakitangan hospital dan meminta mereka menghubunginya.
Sekembalinya ke rumah majikannya, sepupunya telah mengambilnya di rumah tersebut dan dia kini berada dalam jagaan kedutaan Filipina.
Sepupunya kemudian telah memuat naik gambar Fatma dengan kecederaan parah di dalam Facebook.
Menurut sepupunya itu, Fatma hanya berada di Riyadh dalam masa dua bulan dan telah melalui pengalaman menakutkan itu.
Jelasnya, di sebalik kecederaan parah itu,dia dipaksa bekerja dan sering dipukul serta tidak diberikan makanan.
Amah Parah Dicurah Air Panas Kerana Lambat Buat Kopi

9:15 PTG
Pelajar dipercayai berusia antara 10 hingga 12 dan dan dalam perjalanan ke Tasik Leschenaultia, 50 kilometer di selatan Perth, lapor Perth Now.
Kejadian dilaporkan berlaku jam 7.40 malam waktu tempatan.
Laporan itu dipetik, ketika bas itu melalui Jalan Toodyay dan ia kemudiannya terbalik ke dalam parit.
Bas itu dikatakan membelok di selekoh tajam dengan laju.
Ketika kejadian, kawasan itu diliputi kabus tebal yang mengurangkan jarak penglihatan dan mungkin menyumbang kepada kemalangan itu.
Terdapat beberapa laporan yang bercanggah mengenai jumlah sebenar mereka yang di atas bas dan cedera dalam kemalangan itu.
Pihak polis bagaimanapun mengatakan terdapat 21 orang berada dalam bas – warga Indonesia dan Malaysia – yang mana 13 adalah pelajar, bersama-sama dengan lapan orang dewasa.
Polis berkata semua 13 kanak-kanak dan lapan orang dewasa, termasuk pemandu yang berasal dari Perth, telah dibawa ke hospital.
Jurucakap polis berkata, pemandu yang dikenali sebagai Ballajura, 51, dikatakan telah hilang kawalan ketika memandu dan menyebabkan bas terbabas dan bergolek.
Polis berkata, kecederaan adalah “serius tetapi tidak mengancam nyawa.”
Helikopter penyelamat telah dihantar ke tempat kejadian tetapi tidak dapat mendarat kerana kabus tebal.
Sebelas ambulans telah digunakan untuk membawa mereka yang cedera dan dihantar ke tiga hospital berasingan – Hospital Margaret Puteri, Royal Perth dan Hospital Daerah Swan, lapor Sinar Harian.
Pelajar Malaysia kemalangan di Perth

7:49 PG
KUALA LUMPUR: Seorang mahasiswi Malaysia di Universiti Padjadjaran di Jawa Barat yang dipercayai diculik dan diperkosa awal Sabtu lalu, akan dibawa pulang, menurut portal berita Indonesia, detik.com.
"Dia akan pulang ke Malaysia hari ini," kata ketua polis Cimahi, Erwin Kurniawan.
Katanya, mangsa yang sebelum itu mendapat rawatan di Hospital Hasan Sadikan, Bandung akan mendapat rawatan susulan serta pemulihan trauma di Malaysia.
Menurut Erwin, mangsa telah dijemput oleh keluarganya dan dijadualkan berangkat pulang pada hari yang sama (Selasa).
Kata Erwin, pihaknya juga telah meminta keterangan dari mangsa sewaktu dia sedang dirawat di Hospital Hasan Sadikin, namun keadaan mangsa pada ketika itu masih dalam keadaan terkejut.
Mangsa, 20 tahun, dipercayai telah dirogol di universiti tersebut di Kampus Jatinangor, Sumedang, Jawa Barat sebelum ditinggalkan dalam keadaan tidak sedarkan diri di sebuah tempat letak kereta kira-kira 40 kilometer dari tempat dia diculik.
Portal berita detik.com yang memetik kenyataan polis melaporkan pihak berkuasa percaya kejadian itu melibatkan empat orang suspek yang kini sedang diburu.
Pihak universiti juga dilaporkan sudah memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak berkuasa Malaysia serta keluarga mangsa.
Keluarga mahasiswi itu juga dilaporkan sudah berada di Indonesia.
Menurut polis, siasatan awal mendapati mahasiswi itu dikatakan keluar rumah untuk mengambil wang di sebuah mesin ATM yang terletak tidak jauh daripada rumah sewanya di kampus Jatinangor.
Mahasiswi berkenaan kemudian dikatakan ditegur oleh seorang yang lelaki yang tidak dikenali. Lelaki itu seterusnya menekup mulut mahasiswi itu dan menariknya masuk ke dalam sebuah kereta.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pelajar-malaysia-dirogol-di-bandung-dibawa-pulang-hari-ini-36211?cp
Pelajar Malaysia diperkosa di Bandung, dibawa pulang hari ini

10:13 PTG
BOGOTA - COLOMBIA. Seramai 31 kanak-kanak rentung selepas bas dinaiki terbakar berhampiran bandar Fundacion di utara Colombia, kelmarin.
Jurucakap penyelamat Colombia, Cesar Uruna berkata, sebanyak 25 yang lain termasuk seorang dewasa parah.
"Kebanyakan mangsa dalam keadaan kritikal," katanya menurut laporan AFP.
Kemalangan dipercayai berlaku selepas pemandu bas dikatakan gagal mengendalikan bekas mengandungi petrol yang dibawa di dalam bas sehingga mencetuskan kebakaran.
Difahamkan kanak-kanak terlibat dalam kemalangan terbabit berumur antara setahun dan 8 tahun.
Bas terbakar, 31 budak rentung

5:23 PTG
BEIJING – Objek yang terhempas ditemui di China dikenal pasti sebagai serpihan angkasa, lapor media kerajaan selepas roket Russia yang membawa satelit komunikasi jatuh ke bumi beberapa minit selepas berlepas.
Bandar Qiqihar, di wilayah Heilongjiang, timur laut China yang bersempadan dengan timur Russia melaporkan bahawa beberapa objek dilihat jatuh dari angkasa pada Jumaat, lapor agensi berita Xinhua.
Selepas penganalisisan dilakukan pakar menyimpulkan yang ia adalah beberapa bahagian daripada roket pembawa atau satelit, kata Xinhua memetik kenyataan Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China.
Tambahnya lagi, pihak berkuasa masih berkomunikasi mengenai isu itu dengan pihak terbabit.
Laporan itu dibuat selepas pegawai angkasa Russia berkata, enjin kawalan roket Proton berfungsi pada Jumaat hanya sembilan minit selepas ia berlepas dari pusat angkasa Baikonur yang disewa Moscow di Kazakhstan, tamparan terbaru terhadap industri angkasa negara itu.
Televisyen kerajaan menunjukkan roket pembawa satelit Express-AM4P terbakar di lapisan atas ruang atmosfera.
Satelit bernilai 150 juta euro (RM660 juta) yang dibina kumpulan Airbus Astrium bertujuan untuk menyediakan akses Internet bagi memperluas liputan ke seluruh Russia yang mempunyai akses komunikasi yang buruk, lapor The Rakyat Post.
Objek angkasa ditemui di China

5:44 PTG
SOMA - TURKI. Pasangan kembar di Turki ini bukan sahaja berkahwin dengan wanita pilihan masing-masing bersama, malah mereka juga ditemui meninggal dunia bersama, Selasa lalu.
Mayat Ismail dan Suleyman Cata, 32 ditemui pasukan penyelamat berpegangan tangan tertimbus akibat letupan lombong arang batu yang dilaporkan telah meragut 301 nyawa.
Isteri Suleyman, Murside berkata, suaminya seorang yang mementingkan keluarga juga cinta sejatinya.
“Dia bekerja keras untuk upah yang sedikit dan dalam keadaan sukar. Impian dia adalah untuk bersara awal dan menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarga.
“Sekarang dia dah tak ada dan tak akan pernah kembali,” katanya yang dipetik portal berita Daily Mirror.
Pasangan ini mempunyai seorang anak berusia empat tahun, Ahmet manakala Ismail dan isterinya, Fatima dikurniakan anak kembar, Sude dan Buse yang sudah berusia dua tahun.
Kedua pasangan ini berkahwin pada 2010.
Kisah si kembar, kahwin dan mati bersama

11:19 PTG
BANGKOK – Sebuah pesawat tentera Laos membawa pegawai tertinggi termasuk menteri pertahanan terhempas pada Sabtu di utara negara komunis itu, kata seorang pegawai Thai tanpa memberi butiran mengenai kecederaan.
Pesawat itu membawa kira-kira 20 orang termasuk Menteri Pertahanan Douangchay Phichit, Gabenor Vientiane dan tokoh-tokoh terkenal, jurucakap kementerian luar Sek Wannamethee memberitahu AFP yang memetik maklumat daripada kedutaan Thai di Vientiane.
Tidak ada pengesahan daripada kerajaan komunis Laos ini.
Pada bulan Oktober tahun lepas kapal terbang awam yang dikendalikan oleh Lao Airlines terjunam ke dalam Sungai Mekong dalam cuaca buruk membunuh kesemua 49 orang penumpang, lapor Agensi.
Pesawat tentera bawa Menteri Pertahanan Laos terhempas

5:35 PG
NEW YORK: Siapa sangka sofa lama boleh menjadi sebuah ‘mesin menghasilkan duit’.
Tiga rakan sebilik Reese Werkhoven, Cally Guasti dan Lara Russo masih terkejut dengan apa yang mereka temui di dalam sofa di bilik mereka, lapor CBSNewYork.
“Kami amat terkejut dengannya,” ujar Werkhoven.
“Kami terlalu terkejut di dalam bilik sehingga menjerit sehingga jiran kami menyangka kami telah memenangi loteri,” kata Guasti.
Ketiga-tiga mereka membeli sofa tersebut pada April.
Ketika sedang menonton televisyen, mereka menyedari gumpalan pada bantal sisi sofa tersebut yang dibeli di sebuah kedai terpakai di New Paltz, New York dua bulan sebelumnya.
“Terdapat dua atau tiga sampul gelembung di dalamnya. Kami membuka sampul tersebut dan terkejut kerana terdapat wang kertas seratus dollar setebal seinci setengah,” terang Werkhoven.
Mereka kemudian mengira jumlah wang tersebut sambil mula berangan tentang apa yang mahu dilakukan dengan wang berjumlah AS$41,000 (RM132,437).
Menurut Guasti, kegembiraan mereka bagaimanapun terbantut apabila terlihat nama seorang wanita di sampul tersebut dan sedar bahawa wang tersebut bukan milik mereka.
Dengan bantuan ibu Werkhoven, mereka berjaya menjejaki wanita tersebut.
Sebaik dihubungi, wanita tersebut mengaku telah menyimpan banyak duit di dalam sofa tersebut.
Seorang teman kepada wanita tersebut yang enggan dikenali berkata, duit tersebut telah lama disimpan tanpa pengetahuan keluarganya, yang kemudian bertindak mendermakan sofa tersebut.
“Duit ini merupakan simpanan wanita terbabit. Dia kata, ‘ini ialah petanda suami saya masih menjaga saya dan inilah yang sepatutnya berlaku,’” kata Guasti.
“Saya rasa semua orang boleh melakukannya jika mereka membenarkan diri mereka,” ujat Werkhoven.
Russo pula berkata bahawa sejujurnya, dia tidak terlalu memikirkan tentang perkara itu.
Mereka bertiga tidak sedikit pun menyesal melakukan perkara betul dan berharap untuk makan malam bersama keluarga wanita pemilik wang tersebut.
Wanita berusia itu dilaporkan turut memberi ketiga-tiga rakan tersebut seribu dollar.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/jumpa-duit-dalam-sofa-tiga-sekawan-cari-pemilik-sampai-jumpa-35946?cp
Jumpa duit AS$41,000 dalam sofa, tiga sekawan cari pemilik sampai jumpa

5:26 PTG
Kegembiraan sebuah keluarga Filipina bercuti ke Singapura tercalar apabila mereka menerima bil berjumlah $1,186.20 (RM3068.79) selepas menjamu selera di sebuah restoran makanan laut di Boat Quay. Kejadian berlaku apabila Santiago Caaway, 54, dan keluarganya makan di Restoran Forum Seafood Village pada 26 April lalu.
Menurutnya, hidangan seekor ketam Alaska yang dimasak cili sahaja sudah berharga$707 (RM1829.06). Mereka turut memesan hidangan udang, seekor ikan dan sepinggan sayur. “Kami dengar Singapura terkenal dengan ketam masak cili, jadi kami fikir kami harus mencubanya,” ujar Caaway.
Katanya lagi, mereka tidak tahu ada perbezaan jenis ketam dalam menu dan pelayan yang mengambil pesanan tersebut tidak menjelaskannya kepada mereka. Pelayan tersebut juga dikatakan sukar berbahasa Inggeris dan hanya bertanya sama ada mereka mahukan ketam bersaiz besar atau kecil sebelum bergegas ke dapur. Caaway yang merupakan seorang penulis bebas berkata, bil tersebut hampir menyamai gaji bulanannya.
“Kami terkedu. Dalam masa lima minit, kami hanya berdiam diri dan tak tahu bagaimana mahu memberi reaksi,” jelasnya. Pada masa yang sama, dia menceritakan satu keluarga Kaukasian turut dilihat mengalami nasib yang sama sehingga si suami menjerit kemarahan. Mereka kemudiannya dilihat mengeluarkan dompet masing-masing bagi berkongsi bayaran bil tersebut.
Restoran tersebut pernah terpalit dengan kontroversi selepas ada pelancong yang mengecam tindakan mereka mengenakan caj yang melampau kepada pelanggan, lapor Mynewshub.
Terkedu terima bil makan RM1829.06

Headlines
,
World News
5:11 PTG
Kuala Lumpur: Pihak berkuasa keselamatan Malaysia memperketatkan kawalan di sempadan negara berikutan siri pengeboman di selatan Thailand, awal malam ini yang mengakibat seorang rakyat Thailand maut manakala sekurang-kurangnya sembilan lagi cedera.
Menurut sumber polis, sehingga tengah malam tadi tiada rakyat Malaysia menjadi mangsa serangan bom berkenaan.
Katanya, semua pintu sempadan di utara Semenanjung dan Kelantan telah ditutup dan pengawasan rapi sedang dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini.
“Kawalan di pintu sempadan diperketatkan sebagai langkah berjaga-jaga ekoran serangan itu. Pihak berkuasa juga bertindak menyekat sebarang pergerakan keluar masuk di Pengkalan Kubor yang bersempadan dengan Takbai, Narathiwat,”katanya.
Sumber itu berkata, pihak keselamatan Malaysia mendapat maklumat bahawa perintah berkurung telah dikuatkuasakan di beberapa tempat di pekan Golok.
Menurut BERNAMA yang memetik sumber tempatan, kejadian bermula pada 7.30 malam waktu tempatan apabila empat bom meletup di Sungai Golok.
Sementara itu, tiga letupan bom dilaporkan berlaku di Sungai Padi selain sebuah sekolah dan bengkel membaiki motosikal dibakar.
Tiga lagi letupan menggegarkan Pekan Takbai mengakibatkan sekurang-kurangnya dua orang terbunuh dan beberapa orang lagi cedera.
Di Wilayah Yala, lima bom diletupkan dengan menyasarkan tiang elektrik menyebabkan bekalan elektrik ke beberapa kawasan terputus, sementara tiga letupan bom dilaporkan berlaku di daerah Yaha dan dua lagi di daerah Than To.
Selain itu, kejadian tembak menembak serta membakar tayar dilaporkan berlaku di daerah Benang Setar dan Krong Pinang.
--hmetro
Selatan Thai Bergegar Lagi

.jpg)

.jpg)