1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
LATEST NEWS
Memaparkan catatan dengan label MH370. Papar semua catatan

9:30 PTG
PHUKET - THAILAND. Di kala perkhabaran berita mengenai status di mana MH370 masih kabur, sebuah portal berita Thailand melaporkan seorang pelayar wanita dari Britain mendakwa melihat MH370.
Katherine Tee, 41, dilaporkan melihat pesawat ketika belayar merentasi Lautan Hindi dari India ke Phuket tetapi hanya memberitahu pihak berkuasa baru-baru ini kerana takut aduannya tidak akan diberi perhatian serius.
Menurutnya ketika kejadian, suaminya Marc Horn, 50 bersama beberapa krew sedang tidur di bawah dek kapal dan dia sedang melakukan pemantauan di waktu malam .
"Saya melihat sesuatu yang kelihatan seperti kapal terbang terbakar. "Itulah yang saya fikir ia adalah," katanya yang dipetik dari Phuket Gazette.
Katanya lagi: "Kemudian, saya fikir saya mesti gila... Ia menarik perhatian saya kerana saya tidak pernah melihat kapal terbang dengan lampu oren sebelum ini, jadi saya tertanya-tanya apakah ia."
Tambahnya, dia dapat melihat garis asap hitam yang terhasil dari belakang pesawat terbabit di sepanjang laluan kapal terbang di udara.
“Sekurang-kurangnya ada dua pesawat terbang melalui ruang udara dari arah bertentangan pada masa itu, saya fikir mungkin pesawat lain mungkin melihat kebakaran yang terjadi pada badan pesawat tersebut dan melaporkannya serta-merta,” jelasnya.
Tee yang agak tergamam dengan cahaya api tersebut kemudiannya beranggapan mungkin ianya cahaya dari meteor.
“Saya masih ingat pesawat itu datang dari arah utara dan meluncur terbang dengan api marak pada badan pesawat menuju ke arah selatan,” tambahnya lagi.
Mengulas lanjut, sebaik sahaja berita kehilangan MH370 kedengaran melalui radio kapal, Tee dan suaminya mula menyemak semula log perjalanan mereka.
Pasangan tersebut kemudiannya mula menyedari kemungkinan objek terbakar yang terbang di ruang udara merupakan pesawat MH370.
“Kami melihat semula data perjalanan yang telah kami rekodkan sejak awal dan salah satu laluan laut yang kami lalui hampir sama dengan laluan udara di mana pesawat tersebut dilaporkan hilang,” kata Tee.
Memetik laporan itu, kedua-dua pasangan itu dilaporkan telah menemui pihak Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), yang mengetuai pencarian MH370, tetapi organisasi tersebut belum mengesahkan perkara ini.
Penerbangan MH370 yang membawa 239 penumpang dan anak kapal, hilang dari skrin radar pada 8 Mac tidak lama selepas berlepas dari Kuala Lumpur menuju ke Beijing.
Pelayar Britain dakwa nampak MH370

Labels:
MH370
8:08 PG
Pencarian pesawat MH370 di kawasan selatan Lautan Hindi di mana isyarat akustik dikesan pada awal April diisytiharkan sebagai sia-sia, kata Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. JACC memaklumkan kenderaan bawah laut automatik Bluefin-21 menyelesaikan misi terakhirnya semalam, dan setelah memeriksa seluruh kawasan seluas 850 kilometer persegi dasar laut mendapati tidak ada tanda pesawat hilang berkenaan di kawasan itu. “Hasilnya, Biro Keselamatan Pengangkutan Awam Australia (ATSB ) dimaklumkan carian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan berdasarkan pertimbangan profesional, kawasan ini kini boleh dikeluarkan daripada tempat berakhirnya pesawat MH370. “Data yang dikumpul daripada misi semalam sudah dianalisis. Hasilnya, JACC berpendapat tiada tanda-tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan automatik bawah air sejak ia menyertai usaha pencarian,” katanya. HMAS Ocean Shield , kapal utama yang digunakan dalam operasi mencari sejak data satelit menunjukkan penerbangan MH370 “berakhir di selatan Lautan Hindi”, juga sudah keluar dari kawasan carian malam tadi dan dijangka tiba di Pangkalan Armada Barat berhampiran Perth, Sabtu ini. Kenyataan JACC mengulangi pencarian Boeing 777-200 yang hilang akan diteruskan dan melibatkan tiga peringkat utama:
1.Mengkaji semua maklumat dan analisis yang sedia ada untuk menentukan zon carian sehingga 60,000 kilometer persegi di sepanjang dataran di selatan Lautan Hindi.
2. Menjalankan kajian batimetri untuk memetakan dasar laut secara terperinci di kawasan pencarian. 3.Mendapatkan perkhidmatan pakar untuk pencarian komprehensif dasar laut di kawasan itu. “Kumpulan pakar satelit terus mengkaji dan menghalusi analisis data satelit yang kompleks dan data prestasi pesawat untuk menentukan di mana pesawat ini paling mungkin memasuki air. Penemuan kajian semula itu akan didedahkan kepada umum dalam masa terdekat.” Kapal China Zhu Kezhen masih membuat pemetaan dasar laut dan operasi ini disokong oleh satu lagi kapal China Haixun 01 dan kapal Malaysia Bunga Mas 6. “Data kajian kemudiannya akan dihantar ke Fremantle, di Australia Barat, untuk diproses selanjutnya oleh Geosains Australia. Sebuah lagi kapal kontrak akan menyertai Zhu Kezhen bulan depan. “Pemetaan dasar laut, yang dipanggil kajian batimetri, dijangka mengambil masa kira-kira tiga bulan. Mengetahui rupa bumi dasar laut adalah penting untuk membolehkan carian dalam air seterusnya,” kata JACC. Pencarian dalam air kemudian akan disambung semula untuk mencari pesawat dan sebarang bukti (seperti serpihan pesawat dan perakam penerbangan) untuk membantu siasatan Malaysia susulan kehilangan penerbangan MH370. Komponen pencarian itu dijangka bermula pada Ogos dan mengambil masa sehingga 12 bulan. JACC berkata, ATSB akan mengeluarkan tender rasmi untuk membuat pencarian bawah air dan kontraktor utama tunggal akan dipilih untuk membawa bersama-sama dan menguruskan kepakaran, peralatan dan kapal untuk menjalankan kerja mencari. – The Malaysian Insider
MH370 Tiada Di Sini, Pencarian Hanya Sia-Sia, Kata JACC

7:53 PG
KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa yang terlibat dalam misi pencarian pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang masih gagal ditemui hingga kini telah bersetuju untuk menggunakan kapal peninjau China “Zhu Kezhen” untuk tinjauan ‘bathymetric’ di Selatan Lautan Hindi.
Agensi berita Xinhua melaporkan menurut kenyataan media daripada Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC), perancangan ini telah dipersetujui bersama antara pihak berkuasa Malaysia, Australia dan China yang bertemu pada minggu lalu.
Tinjauan ‘bathymetric’ ini akan melibatkan penerokaan ekstensif pada dasar laut dan ianya akan dilakukan berdasarkan kawasan yang telah dikenalpasti oleh Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB).
“Zhu Kezhen ini dijangka akan memulakan pelayaran ke kawasan tinjauan pada Rabu seandainya cuaca baik dan mengizinkan,” kata JACC.
Tinjauan ‘bathymetric’ ini merupakan perkara utama yang diberi tumpuan dalam pencarian pesawat malang itu yang bakal melalui fasa transisi pencarian dimana lebih menumpukan pencarian di dasar laut.
Selain itu, tumpuan turut diberikan dalam menganalisis kembali data untuk memberi ketepatan kawasan yang sah dalam pencarian selain mengenalpasti dan mengerahkan peralatan yang relevan untuk pencarian dasar laut.
Sementara itu, JACC berkata, kapal pertahanan Australia (ADV), Ocean Shield kini telah tiba di Geraldton, barat Australia semalam dalam persediaan untuk menerima alatan ganti untuk transponder yang digunakan pada Ocean Shield and Kenderaan Carian Dasar Laut, Bluefin-21.
“Pembaikan ini sangat penting dan diperlukan untuk membetulkan isu perisian yang kian membelenggu keupayaan transponder itu untuk berkomunikasi ketika selaman dilakukan dan masalah tersebut semakin menjadi-jadi ketika misi terakhir Bluefin-21 pada Selasa,” katanya.
Alatan ganti itu dijangka akan tiba dari Geraldton hari ini.
JACC berkata setelah alatan ganti itu dibaikpulih, uji cuba akan dilakukan di kawasan Geraldton sehingga sebelum dibawa oleh Ocean Shield ke kawasan pencarian.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-kapal-peninjau-china-akan-dikerah-untuk-tinjauan-bathymetric-36124?cp
MH370: Kapal peninjau China akan dikerah untuk tinjauan 'bathymetric"

7:13 PTG
SHAH ALAM – Penghasilan filem The Vanishing Act di bawah arahan Rupesh Raul yang berkisar tentang misteri kehilangan MH370 dikecam hebat oleh anak Ketua Pramugara MAS, Andrew Nari.
Maira Elizabeth Nari berkata, beliau kesal dengan pembikinan filem yang disifatkan tidak sensitif dan menyinggung perasaan ahli keluarga krew MH370.
“Itu bukannya cara krew kabin pesawat bekerja, tidak apa-apa yang menyeronokkan untuk ditonton.
“Tolong fikirkan perasaan kami sebagai ahli keluarga mereka sebelum buat atau cakap sesuatu mengenai MH370,” katanya yang dipetik menerusi akaun mikro Twitternya, hari ini.
Buat masa ini, The Vanishing Act yang dilaporkan akan ditayangkan menjelang September depan sedang hangat dipromosikan di Festival Filem Cannes yang bakal berakhir pada 25 Mei ini.
Justeru itu, beliau menggesa kerajaan supaya mengambil tindakan ke atas pengarah filem terbabit.
--sinar
Anak ketua pramugara kecam pengarah filem MH370

5:42 PTG
SYDNEY - AUSTRALIA. Buku pertama yang diterbitkan tentang kehilangan pesawat MH370 mendakwa ia mungkin telah ditembak dalam latihan ketenteraan dan kejadian itu ditutupi, lapor portal The Sydney Morning Herald.
Kandungan buku Flight MH370: The Mystery tulisan Nigel Cawthorne yang juga seorang wartawan itu tidak mempunyai jawapan namun terdapat beberapa perkara yang menyokong teori kehilangan MH370 itu.
“...pesawat itu mungkin ditembak secara tidak sengaja ketika latihan ketenteraan antara Thailand dengan Amerika Syarikat (AS) di Laut China Selatan.
“Misi pencarian pula berkemungkinan diarah ke arah yang salah untuk menutup kesilapan itu,” lapor portal itu.
Sementara itu, portal berita Daily Mirror yang juga memetik buku tersebut melaporkan pesawat Boeing 777 milik Malaysia Airlines (MAS) itu akan ditemui sekiranya MAS membelanjakan RM32.62 untuk menaik taraf perisian.
“Pesawat itu hanya menggunakan pakej data murah yang hanya menghantar maklumat asas pesawat.
“Pesawat itu akan ditemui sekarang kalau MAS membelanjakan RM32.62 dalam menaik taraf perisian pesawat,” dakwa buku tersebut lagi.
Kehilangan MH370 sudah masuk hari ke-72, hari ini.
Buku dakwa MH370 ditembak dalam latihan tentera

5:04 PTG
KUALA LUMPUR – Tujuh puluh satu hari telah berlalu tetapi khabar angin mengenai nasib pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH 370 masih 'berlegar' dalam ruang media.
Yang terbaru ialah berpandukan Alat Pemancar Lokasi Kecemasan (ELT), yang didakwa tidak pernah dibincangkan sejak kehilangan pesawat dan oleh kerana ia tidak pernah memancar apa-apa isyarat, timbul spekulasi bahawa MH370 tidak terhempas di selatan Lautan Hindi dan masih dalam keadaan baik.
ELT ialah suar (api isyarat) kecemasan yang digunakan dalam pesawat untuk menyuruh pihak berkuasa penyelamat berada dalam keadaan berjaga-jaga dan memberi petunjuk tentang lokasi dan jenis pesawat yang mengalami masalah.
Dalam temubual eksklusif dengan Bernama, bekas Ketua Juruterbang MAS, Datuk Kapten Nik Ahmad Huzlan Nik Hussain berkata, walapun pelik bahawa ELT MH370 tidak menghantar apa-apa isyarat, seseorang harus faham bahawa ELT akan memancarkan isyarat bergantung kepada hentaman.
"Sudut hentaman amat penting untuk membolehkan alat itu aktif secara automatik. Sebab mengapa mereka mempunyai petunjuk hentaman tertentu ialah supaya apabila pesawat membuat pendaratan dalam situasi sukar di landasan, ELT tidak akan berfungsi.
"Jika ELT benar-benar sensitif, setiap kali pesawat hendak membuat pendaratan dalam situasi sukar, ELT akan aktif secara automatik. Oleh itu, ia memberi nilai prapenentuan untuk alat itu berfungsi," beliau menjelaskan.
Beliau berkata dalam insiden pesawat Air France (AF), ELT tidak aktif dan pesawat itu terhempas pada kelajuan perlahan, kira-kira 100 kilometer sejam, dan tidak memberi tindak balas yang mencukupi untuk mengaktifkan ELT.
ELT direka khusus untuk aktif secara automatik akibat ledakan tertentu seperti hentaman atau tersentuh dengan air, serupa seperti alat pengesan kotak hitam.
"Walaupun pesawat (Air France 447) tersentuh air, tetapi ia kemudian tenggelam, isyarat tidak dipancarkan. Sentuhan air akan menjejaskan jarak, trajektori, daya kekuatan ELT. Oleh itu, jarak pemancaran ELT mungkin terbatas akibat air," kata beliau dan menambah bahawa Sistem Pelaporan dan Komunikasi Pesawat (ACARS) yang memancarkan isyarat.
Menurut Nik Ahmad Huzlan, sebelum AF447 terhempas ke dalam Lautan Atlantik, pelbagai isyarat dipancarkan oleh ACARS kerana ia telah mengesan satu demi satu kerosakan yang memudahkan lokasi pesawat di dasar laut dikesan.
Nik Ahmad Nuzlan menjelaskan bahawa ELT tidak berkaitan dengan alat transponder pesawat sambil berkata ia berfungsi sendiri dan jangka hayat bateri boleh bertahan hanya 48 jam selepas aktif secara sendiri kerana isyaratnya yang kuat dan keupayaannya dikesan dari jarak jauh, tidak seperti isyarat ping.
ELT, apabila aktif secara sendiri, akan memancarkan isyarat kepada tiga frekuensi yang boleh dikesan oleh mana-mana pesawat atau kapal yang membuat pemantauan melalui satelit.
Yang pertama ialah frekuensi 243-MHz bagi kapal. Mana-mana kapal yang melalui kawasan itu boleh mengesannya melalui radio. Yang kedua ialah frekuensi 121.5-MHz, iaitu bagi pesawat, kata beliau.
"Dan satu lagi isyarat akan dipancarkan ke satelit melalui frekuensi 406-MHz. Jadi, ada tiga frekuensi dan tiada satu pun daripadanya yang dapat dikesan," katanya.
Mengenai empat isyarat ping yang dikesan di selatan Lautan Hindi pada 5 dan 8 April lepas, beliau berkata sebab mengapa tiada lagi isyarat ping dikesan selepas itu ialah jangka hayat bateri kotak hitam hampir berakhir pada masa itu.
"Oleh itu, keempat-empat isyarat ping yang dikesan ialah dari kotak hitam. Tetapi mengapa amat sukar untuk menemui bangkai pesawat? Ini kerana isyaratanya tidak tidak cukup kuat untuk melingkungi kawasan segi tiga. Jika isyaratnya kuat dan boleh dikesan pada setiap penjuru kawasan pencarian di laut, garisan persilangan boleh dikenal pasti dan usaha mencari akan lebih mudah," katanya.
Ditanya kemungkinan MH370, yang berdasarkan analisis berakhir di selatan Lautan Hindi, masih tidak terjejas, Nik Ahmad Huzlan berkata ada kemungkinan kerana pesawat berat dan direka khusus untuk tidak terapung di atas permukaan air.
"Air boleh memasuki ruang peralatan pendaratan, enjin dan harus ingat, enjin pesawat amat berat. Oleh itu, air boleh masuk dan menenggelamkan pesawat. Paling lama pesawat boleh terapung di atas permukaan air ialah lima minit,” tambah beliau.
Sementara itu, ketika ditanya tentang perlunya mengkaji dan membuat penghuraian semula analisis oleh firma satelit United Kingdom, Inmarsat dan Badan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB), katanya ia harus dilakukan walaupun tiada isu mengenai analisis mengenai kesan doppler berdasarkan isyarat ping.
"Saya berpegang kepada beberapa perkara. Yang pertama, lingkaran jarak keupayaan pesawat berdasarkan bekalan minyak yang masih ada. Yang kedua, ialah mengenal pasti lokasi terbit subuh kerana sesiapa yang mengemudi MH370 pada masa itu akan mencari kawasan matahari terbit.
"Jadi di mana faktor subuh berkaitan dengan isyarat ping, berkaitan dengan lingkaran jarak, iaitu di situlah MH370 berada. Mengapa mendarat pada siang hari? Jadi, lautan boleh dilihat dan lebih mudah untuk mendarat di atas permukaan laut," katanya. - Bernama
MH370: Khabar angin masih 'berterbangan'

9:23 PTG
TEMAN wanita kepada penumpang rakyat Amerika Syarikat (AS) yang menaiki pesawat MH370 menerima ugutan bunuh dan beberapa panggilan telefon aneh sejak pesawat itu hilang pada 8 Mac lalu, lapor NBC News.
Sarah Bajc, teman wanita Philip Wood, juga pernah dirompak dua kali sejak kehilangan pesawat itu.
Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) juga sedang menyiasat kejadian ‘menakutkan’ yang mengganggu Bajc.
Bajc berkata, dia menerima pesanan teks ringkas yang mengugut, ‘Saya akan datang bunuh awak pula seterusnya,’ kira-kira dua minggu selepas pesawat itu hilang.
Beberapa imej lucah dan panggilan telefon menyeramkan juga diterima daripada nombor telefon yang sama dan dipercayai dibuat dari China.
“Ia satu lagi kejadian yang membuatkan saya tidak tahan, ia sangat mengganggu,” katanya.
Menurut Bajc, panggilan telefon dan mesej itu bermula selepas pangsapurinya diceroboh masuk buat pertama kali, seminggu selepas penerbangan MH370 hilang.
“Sesiapa yang memecah itu nyata tidak berhati-hati ketika menyelongkar kerana saya seorang yang kemas, oleh itu, saya serta-merta dapat mengesan beberapa barang diusik dan dialihkan.
“Ketika kejadian juga penjaga rumah tiada, jadi tidak mungkin dia melakukannya.
Saya juga selalu tiba ke rumah sebelum anak saya pulang,” katanya.
Bajc berkata, pencerobohan kali kedua berlaku beberapa minggu selepas itu.
“Jiran saya memberitahu ada ternampak nampak dua lelaki meninggalkan rumah saya,” katanya.
Beliau berkata, dia tidak lagi menerima panggilan daripada nombor telefon dari China itu selepas ejen FBI ditugaskan untuk mengawalnya sebaik keluarga Woods dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpanya.
Bajc sedang mengetuai Voice 370 yang mendesak pihak berkaitan terutama Kerajaan Malaysia untuk membeli data dari syarikat satelit supaya boleh dianalisis pihak bebas, lapor Hmetro.
MH370: Kekasih penumpang terima panggilan telefon aneh

9:46 PTG
Atlanta – Pesawat Malaysia Airlines MH370 disembunyikan oleh makhluk asing? Satu daripada setiap 10 rakyat Amerika percaya mengenainya.
Perkara ini diperolehi hasil kajian yang dilakukan oleh CNN dan ORC International.
Tinjauan itu mendapati sembilan peratus individu percaya makhluk asing atau makhluk lain daripada dimensi lain terlibat dalam kehilangan pesawat itu sejak 8 Mac lalu.
Seramai 79 peratus pula percaya semua penumpang dan anak kapal telah meninggal dunia dan misi mencari pula dilakukan di tempat yang salah manakala hanya 52 peratus percaya apa yang berlaku kepada kapal tersebut, akan terbongkar jua.
Sementara 46 peratus memberitahu tiada siapa yang akan tahu mengenai perkara sebenar.
Aspek pengganas juga dikatakan antara punca kehilangan pesawat itu dengan sebahagian besar percaya pengganas terlibat dalam perkara ini, meskipun tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab.
Selain itu ada juga percaya kapal terbang itu telah dirampas manakala yang lain percaya masalah teknikal mungkin antara punca kehilangannya, lapor Mynewshub.
Tekini MH370 disembunyi makhluk asing?

8:58 PTG
Kuala Lumpur – Sebahagian waris keluarga MH370 dikatakan enggan menerima pampasan insurans nyawa daripada syarikat insurans tempatan.
Menurut sumber industri insurans tempatan, sejumlah 50 penumpang rakyat tempatan layak menerima insurans nyawa yang berjumlah sekurang-kurangnya RM25 juta.
“Terdapat 10 hingga 12 waris tidak mahu menuntut pampasan insurans walaupun sudah dihubungi oleh syarikat insurans.
“Ini kerana mereka masih berharap ahli keluarga mereka selamat atau mahu melihat mayat dikebumikan mengikut upacara agama masing-masing,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Menurutnya, setiap waris penumpang sudah menerima pampasan insurans antara RM60,000 dan lebih RM100,000 bergantung kepada jenis insurans nyawa yang dimiliki.
MH370: Waris enggan terima pampasan

10:45 PTG
CANBERRA: Waris penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370 yang hilang, akan diterbangkan ke Perth sebaik sahaja sebarang serpihan berkaitan pesawat itu dikenal pasti dan
disahkan.
Menurut kenyataan rasmi berhubung Mesyuarat Tiga Pihak di Canberra, Australia, yang dihantar kepada Bernama, menteri-menteri yang turut serta dalam mesyuarat itu telah bersetuju, antara lain bahawa MAS akan bertanggungjawab bagi urusan perjalanan itu.
"Syarikat penerbangan itu juga akan bertanggungjawab bagi keperluan mereka untuk perjalanan itu, termasuk penerbangan, penginapan, pengangkutan dan bantuan keluarga," katanya.
Perkara itu, antara lain, dipersetujui dalam Mesyuarat Tiga Pihak dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Australia Warren Truss di Canberra, pada Isnin pagi sebagai sebahagian daripada program yang telah dipersetujui untuk waris.
Mesyuarat itu turut disertai Pemangku Menteri Pengangkutan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengangkutan China Yang Chuantang.
Menteri berkenaan juga bersetuju bahawa Australia menyediakan bantuan dan maklumat kepada waris, dari segi syarat kemasukan untuk memastikan perjalanan mereka untuk masuk dan keluar Australia berjalan lancar.
China juga akan secara aktif mempermudah dan membantu dalam hal ehwal berkaitan waris warga China, menurut kenyataan itu.
Terdahulu, Truss dalam sidang akhbar selepas mesyuarat itu, menjelaskan pencarian kini akan dipergiat di dasar laut selatan Lautan Hindi termasuk untuk memetakan kawasan pencarian.
Beliau berkata langkah itu perlu selepas kegagalan mengesan sebarang serpihan pesawat yang hilang itu melalui usaha mencari dari udara, di permukaan air dan dalam air sejak 59 hari lalu.
Truss berkata pemetaan demografi lautan dijangka mengambil masa enam minggu, kerana sebahagian besar kawasan itu tidak pernah dibuat pemetaan sebelum ini.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-keluarga-penumpang-akan-dibawa-ke-perth-sebaik-sahaja-serpihan-dikenal-pasti-35275?cp
MH370: Keluarga penumpang akan dibawa ke Perth sebaik sahaja serpihan dikenal pasti

8:11 PG
KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Pencarian pesawat milik Malaysia Airlines
(MAS) Penerbangan MH370 memasuki hari ke-59 hari ini, yang menyaksikan Malaysia
dan beberapa negara mempertimbang fasa baharu operasi di dasar Lautan Hindi.
Fokus pencarian kini beralih ke dasar laut selepas usaha pencarian dari
udara, permukaan dan dalam air gagal menjumpai pesawat malang itu.
Berikut kronologi insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS)
Penerbangan MH370:
* 8 Mac (Hari 1) - Penerbangan MH370 membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal
berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41
tengah malam dan hilang dari radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di
Laut China Selatan. Pesawat itu dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30
pagi hari yang sama.
- Penumpang terdiri daripada 38 rakyat Malaysia, China (153), Indonesia
(tujuh), Australia (tujuh), India (lima), Perancis (tiga), Amerika Syarikat
(tiga), New Zealand (dua), Ukraine (dua), Kanada (dua), Rusia (satu), Itali
(satu), Taiwan (satu), Belanda (satu) dan Austria (satu).
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat jenis Boeing 777-200ER
digerak pada 5.30 pagi dengan fokus di kawasan Laut China Selatan.
* 9 Mac (Hari 2) - Radar tentera menunjukkan kemungkinan sebuah pesawat yang
tidak dapat dikenal pasti melakukan 'air turn back'.
- Satelit negara China mencerap imej objek berkemungkinan mempunyai kaitan
dengan pesawat yang hilang itu di Laut China Selatan.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 2 KUALA LUMPUR
- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menjumpai tompokan minyak
yang besar 100 batu nautika dari Tok Bali, Kelantan.
- Dua penumpang pesawat malang itu didapati menggunakan pasport palsu Itali
dan Austria.
* 10 Mac (Hari 3) - APMM mengesahkan tompokan minyak yang ditemui adalah
minyak tangki bagi kapal kargo dan bukan minyak pesawat.
* 11 Mac (Hari 4) - Operasi SAR diperluas ke Selat Melaka berikutan terdapat
kemungkinan pesawat itu melakukan 'air turn back'.
- Polis Diraja Malaysia dan Interpol mendedahkan dua penumpang lelaki yang
menggunakan pasport curi adalah warga Iran iaitu Pouria Nour Mohammad Mehrdad,
19, dan Delavar Seyed Mohammad Erza, 29, yang disahkan tidak mempunyai kaitan
dengan kumpulan pengganas.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 3 KUALA LUMPUR
* 12 Mac (Hari 5) - Operasi SAR diperluas ke selatan Thailand dan Laut
Andaman.
* 13 Mac (Hari 6) - Tiada bukti objek terapung di Laut China Selatan yang
imejnya dicerap satelit China pada Ahad mempunyai hubung kait dengan pesawat MAS
yang hilang. Pihak berkuasa China turut berkata berlaku kesilapan ketika
mengeluarkan imej berkenaan.
* 14 Mac (Hari 7)- Operasi SAR diperluas ke Lautan Hindi.
* 15 Mac (Hari 8) - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan
pesawat yang dikesan melakukan 'air turn back' oleh radar utama ialah
Penerbangan MH370.
- Operasi SAR memfokus kepada koridor utara, yang merentangi kawasan dari
sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan ke bahagian utara Thailand, dan koridor
selatan, yang merentangi kawasan dari Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 4 KUALA LUMPUR
- Transponder dan sistem komunikasi Penerbangan MH370 ditutup ketika pesawat
itu tiba di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia di antara kawasan kawalan
trafik udara Malaysia dan Vietnam.
- SAR menamatkan operasi di Laut China Selatan.
* 16 Mac (Hari 9) - Tiada wang tebusan diminta oleh mana-mana pihak.
- Polis menyiasat semua kakitangan dan jurutera MAS yang mengendali pesawat
MH370.
- Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan insiden
kehilangan pesawat itu memfokus kepada empat bidang iaitu kemungkinan rampasan,
sabotaj, keadaan psikologi penumpang dan anak kapal serta masalah peribadi
mereka.
- Polis merampas sebuah simulator penerbangan buatan sendiri dari rumah
Kapten Zaharie Ahmad Shah, juruterbang pesawat MH370.
* 17 Mac (Hari 10) - Operasi besar-besaran SAR yang membabitkan 26 negara
bermula di koridor utara dan selatan meliputi kawasan seluas 2.24 juta batu
nautika.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 5 KUALA LUMPUR
* 18 Mac (Hari 11) - Operasi SAR memfokus kepada empat tugasan iaitu
mengumpul maklumat pemantauan satelit; analisis pemantauan data radar;
menambah aset udara dan permukaan laut serta jumlah pakar teknikal dan subjek
berkaitan.
- Laporan berita asing mendakwa pesawat yang hilang dilihat terbang rendah
di ruang udara Maldives.
* 19 Mac (Hari 12) - Pihak berkuasa Malaysia menafikan dakwaan itu.
* 20 Mac (Hari 13) - Perdana Menteri Australia Tony Abbot memaklumkan
Najib berkaitan objek yang mungkin mempunyai hubung kait dengan MH370, telah
dikesan di selatan Lautan Hindi kira-kira 2,500 kilometer di barat daya Perth.
* 21 Mac (Hari 14) - Australia meneruskan pencarian dua objek yang gambarnya
diambil oleh sebuah satelit.
* 22 Mac (Hari 15) - Satelit China mengesan satu objek terapung berukuran
22.5 meter kali 13 meter di Lautan Hindi.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 6 KUALA LUMPUR
- Tiada objek dikesan pihak berkuasa Australia kira-kira 2,500 kilometer di
barat daya Perth.
* 23 Mac (Hari 16) - Imej baharu satelit milik pihak berkuasa Perancis
menunjukkan objek yang mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di koridor
selatan.
* 24 Mac (Hari 17) - Najib mengumumkan data yang dikeluarkan satelit
Inmarsat milik Britain merumuskan bahawa penerbangan pesawat Boeing 777-200ER
yang hilang berakhir di selatan Lautan Hindi iaitu di barat Perth.
- Tiada bukti objek berpotensi yang dicerap satelit Perancis adalah serpihan
pesawat MH370.
* 25 Mac (Hari 18) - Operasi SAR memfokus di selatan Lautan Hindi berikutan
petunjuk terbaharu dan pencarian di koridor utara dihentikan.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 7 KUALA LUMPUR
* 26 Mac (Hari 19) - Imej baharu satelit mencerap 122 objek berpotensi yang
mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 kira-kira 2,557 kilometer dari
Perth.
* 27 Mac (Hari 20) - Satelit Thailand mengesan 300 objek terapung di selatan
Lautan Hindi kira-kira 2,700 kilometer (1,680 batu) di barat daya Perth.
* 28 Mac (Hari 21) - Operasi SAR dipergiat bagi mengesan serpihan yang
mungkin mempunyai kaitan dengan pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.
* 29 Mac (Hari 22) - Kementerian Pengangkutan mewujudkan panel antarabangsa
bagi menyiasat insiden kehilangan MH370.
* 30 Mac (Hari 23) - Lembaga Keselamatan Maritim Australia (AMSA) berkata
beberapa objek yang diperoleh Kapal HMAS Success dan Haixun 01 telah diperiksa
dan dipercayai tidak mempunyai kaitan dengan pesawat MH370.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 8 KUALA LUMPUR
* 31 Mac (Hari 24) - Hishammuddin mengeluarkan transkrip perbualan terakhir
antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat MH370 pada jam 0119 (waktu
Malaysia) pada 8 Mac iaitu "Selamat malam pesawat Malaysia tiga tujuh kosong".
* 1 April (Hari 25) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan transkrip penuh
komunikasi antara MH370 dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur, yang
tidak menunjukkan terdapat sebarang keganjilan.
* 2 April (Hari 26) - Polis mendapati kesemua penumpang pesawat yang hilang
"bersih" daripada elemen rampasan, sabotaj dan masalah psikologi serta peribadi
namun masih menjalankan siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan
pembantu juruterbang.
* 3 April (Hari 27) - Najib berkunjung ke Australia bagi mengucapkan terima
kasih kepada rakan sejawatan beliau dan mereka yang terbabit dalam operasi
mencari bangkai pesawat itu.
* 4 April (Hari 28) - Pencarian MH370 memasuki fasa baharu dengan pendekatan
operasi dalam air di selatan Lautan Hindi bagi mengesan pinger kotak hitam
pesawat MH370.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 9 KUALA LUMPUR
* 5 April (Hari 29) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia akan menubuhkan satu
pasukan penyiasat bebas terdiri daripada kumpulan layak terbang, kumpulan
operasi dan kumpulan perubatan serta faktor manusia, bagi menyiasat kehilangan
Penerbangan MH370.
- Kerajaan Malaysia mewujudkan tiga jawatankuasa peringkat menteri bagi
memperkemas dan memperkukuh usaha berterusan pencarian pesawat.
- Alat pengesan kotak hitam yang digunakan kapal peronda China Haixun 01,
mengesan dua isyarat detik di perairan selatan Lautan Hindi.
* 6 April (Hari 30) - Satu lagi isyarat detik dikesan di selatan Lautan
Hindi oleh Kapal Pertahanan Australia (ADV) Ocean Shield kira-kira 300 batu
nautika dari isyarat detik yang dikesan Haixun 01.
* 7 April (Hari 31) - Ocean Sheild mengesan dua isyarat detik dengan yang
pertama selama dua jam 20 minit dan yang kedua, 13 minit.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 10 KUALA LUMPUR
* 8 April (Hari 32) - Pencarian dipergiat susulan petunjuk baharu.
* 9 April (Hari 33) - Pakar Amerika dan Australia mengesahkan isyarat detik
yang dikesan di selatan Lautan Hindi adalah daripada sejenis alat buatan manusia
dan bukan bunyi semula jadi dari laut berikutan frekuensinya.
* 10 April (Hari 34) - Sebuah pesawat Australia mengesan satu isyarat
berpotensi ketika mengendali pencarian akustik bagi pesawat MH370 yang hilang di
selatan Lautan Hindi.
* 11 April (Hari 35) - Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) mengesahkan
bahawa isyarat yang dikesan pesawat AP-3C Orion milik Australia semalam di
kawasan pencarian selatan Lautan Hindi tidak mempunyai kaitan dengan alat
pengesan mata arah bawah air sebuah pesawat.
* 12 April (Hari 36) - Ocean Shield meneruskan pencarian di dasar laut
menggunakan alat pengesan pinger bagi mengesan isyarat lanjut yang mempunyai
kaitan dengan kotak hitam pesawat.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 11 KUALA LUMPUR
* 13 April (Hari 37) - Ocean Sheild mengesan tompokan minyak di selatan
Lautan Hindi.
* 14 April (Hari 38) - Kenderaan dalam air autonomous (AUV) Bluefin-21
digunakan dalam operasi pencarian pesawat MH370.
* 15 April (Hari 39) - Data yang dikumpul selama kira-kira enam jam oleh
Bluefin-21 diambil dan dianalisis.
* 16 April (Hari 40) - Tiada objek yang mempunyai kepentingan ditemui
daripada data yang dikumpul Bluefin-21 dalam misi pertamanya pada 14 April bagi
membantu mengesan bangkai pesawat MH370, kata JACC.
* 17 April (Hari 41) - Tompokan minyak yang dikesan Ocean Shield didapati
bukan cecair hidrolik atau enjin pesawat, kata JACC.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 12 KUALA LUMPUR
* 18 April (Hari 42) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
* 19 April (Hari 43) - Bluefin-21 meneruskan misi pencarian.
* 20 April (Hari 44) - Tiada objek yang mempunyai kaitan ditemui, kata JACC
* 21 April (Hari 45) - Pencarian secara visual disambung dengan pesawat
serta kapal digerakkan semula ke selatan Lautan Hindi manakala Bluefin-21
meneruskan misinya.
* 22 April (Hari 46) - Pencarian udara diteruskan meskipun Taufan Tropika
Jack melanda selatan Lautan Hindi.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 13 KUALA LUMPUR
* 23 April (Hari 47) - Bahan yang tidak dikenali dijumpai di pantai
kira-kira 10 kilometer di timur Augusta, 322 kilometer di selatan Perth.
- Pencarian udara ditangguh berikutan cuaca buruk.
* 24 April (Hari 48) - Bahan yang ditemui di Augusta disahkan bukan daripada
bangkai pesawat MH370.
* 25 April (Hari 49) - Pencarian udara dan dalam air diteruskan.
* 26 April (Hari 50) - Bluefin-21 berdepan masalah teknikal
* 27 April (Hari 51) - Tiada perkembangan terbaharu dilaporkan.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 14 KUALA LUMPUR
* 28 April (Hari 52) - Operasi pencarian bawah air memasuki fasa baharu
dengan tumpuan kepada kawasan di dasar laut diperluas.
* 29 April (Hari 53) - Terdapat dakwaan bangkai pesawat MH370 mungkin
ditemui di Teluk Benggala, Bangladesh.
* 30 April (Hari 54) - Hishammuddin mengumumkan laporan awal berhubung
kehilangan Penerbangan MH370 akan dikeluarkan esok.
* 1 Mei (Hari 55) - Kementerian Pengangkutan mengeluarkan laporan awal
berhubung kehilangan Penerbangan MH370 termasuk senarai kargonya dan rakaman
audio antara kokpit pesawat itu dan Pusat Kawalan Lalulintas Udara Kuala Lumpur.
* 2 Mei (Hari 56) - Hishammuddin mengumumkan Malaysia, China dan Australia
akan mengadakan mesyuarat tiga hala di Canberra pada 5 Mei.
-- LAGI
MAS-HILANG (URUTAN PERISTIWA) 15 (AKHIR) KUALA LUMPUR
- MAS mengumumkan syarikat penerbangan itu akan memulakan proses pembayaran
pampasan pendahuluan kepada anggota keluarga penumpang yang menaiki Penerbangan
MH370.
- JACC mengesahkan tiada apa-apa yang ditemui di Teluk Benggala.
* 3 Mei (Hari 57) - Tiada perkembangan baharu.
* 4 Mei (Hari 58) - Tiada perkembangan baharu.
* 5 Mei (Hari 59) - Pencarian memasuki fasa baharu dengan operasi dipergiat
di dasar selatan Lautan Hindi.
-- BERNAMA
NCD MRA SNS JM SBB
05/05/2014 22-09ST
URUTAN PERISTIWA KEHILANGAN PENERBANGAN MH370

5:44 PTG
KUALA LUMPUR - Polis menafikan laporan Daily Mirror yang mendakwa anggota militan yang ditahan di Kedah dan Selangor baru-baru ini disoal-siasat berhubung kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370.
“Ini laporan mengarut. Ia tiada kena mengena dengan MH370,” kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar kepada The Star pada Ahad.
Anggota kumpulan militan yang menjadi sasaran Cawangan Khas Unit Anti Keganasan Bukit Aman dipercayai mempunyai rangkaian di Syria dan selatan Filipina.
Sehingga kini polis sudah menahan 11 suspek kerana disyaki terbabit dalam kegiatan militan di dalam dan luar negara.
Semua yang ditahan dalam operasi serentak di beberapa lokasi di Kedah dan Selangor itu berusia antara 22 dan 55 tahun dan disyaki terbabit dalam kumpulan militan yang bertanggungjawab merancang perbuatan ganas.
Mereka ditahan mengikut BAB VI A – Kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan dan Akta Kanun Keseksaan, lapor mStar.
Ini laporan mengarut, tiada kena mengena dengan MH370 – KPN

2:01 PG
SUBANG: Dua pesawat Ilyushin IL-76s milik Tentera Pembebasan Rakyat China (PLA) yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Australia berlepas pulang ke China pagi tadi.
Kedua-dua pesawat itu berlepas pulang ke China kira-kira pukul 8.30 pagi dengan membawa 38 kru selepas pencarian udara pesawat MH370 digantung berikutan pengumuman pencarian memasuki fasa baharu dengan tumpuan di dasar laut.
Kedua pesawat berkenaan berlepas ke Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) Pearce penghujung Mac lalu bagi membantu misi pencarian MH370 di kawasan pencarian di Lautan Hindi.
Rabu lalu, dua pesawat C-130 Hercules Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama-sama 53 anak kapal juga pulang ke Malaysia.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott pada Isnin mengumumkan misi mencari akan memasuki fasa baharu dengan tumpuan diberikan kepada kawasan yang lebih luas di dasar laut.
Keputusan itu diambil setelah mendapati kemungkinan amat tipis sebarang serpihan pesawat berkenaan akan dijumpai di permukaan laut.
Beberapa buah kapal dari Australia, Malaysia dan China masih meneruskan dengan pencarian maritim dan pesawat udara Australia P3-Orion diletakkan dalam keadaan bersiap sedia.
Penerbangan MH370 ke Beijing bersama 239 penumpang dan anak kapal, hilang daripada pengesanan radar kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac lalu.
Operasi melibatkan pelbagai negara dilancarkan untuk mencari pesawat Boeing 777-200ER itu, mula-mula di Laut China Selatan dan kemudian di selatan Lautan Hindi apabila ia dikatakan melencong daripada laluan asalnya
China antara negara yang menghulur bantuan dalam misi mencari dan menyelamat MH370.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/pesawat-china-sertai-sar-mh370-berlepas-pulang-35202?cp
Pesawat China sertai SAR MH370 berlepas pulang

7:59 PG
KUALA LUMPUR: Perwakilan daripada Penerbangan Malaysia (MAS) telah berhubungan dengan waris dan ahli keluarga penumpang pesawat MH370 yang masih hilang sejak 8 Mac lalu untuk proses penyaluran pendahuluan pampasan.
Dalam satu kenyataan media, MAS menyatakan bahawa langkah ini bertujuan untuk membantu sedikit sebanyak waris dan ahli keluarga penumpang pesawat tersebut dalam kewangan mereka.
“Ianya juga tidak akan menjejaskan hak mereka untuk membuat tuntutan terhadap pampasan mereka selepas ini dan ianya akan dikira pada ganti rugi akhir nanti,” menurut MAS.
MAS turut menjelaskan bahawa berkenaan dengan perkara ganti rugi ini adalah sesuatu yang akan kekal sebagai sulit dan segala butirannya tidak akan dibincangkan secara terbuka demi menjaga dan menghormati waris dan ahli keluarga penumpang pesawat tersebut.
Semalam MAS memberitahu setiap waris terdekat penumpang MH370 warga China akan diberi bayaran pendahuluan pampasan.
Kenyataan tersebut yang ditampal pada pintu dewan Hotel Lido pada Jumaat, bayaran akan dibuat kepada individu yang layak bagi menampung keperluan segera kewangan mereka.
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/mh370-mas-sudah-hubungi-keluarga-untuk-proses-penyaluran-pendahuluan-pampasan-35138?cp
MH370: MAS sudah hubungi keluarga untuk proses penyaluran pendahuluan pampasan

11:21 PTG
SYDNEY - Pihak berkuasa Australia menolak dakwaan sebuah syarikat penerokaan marin bahawa imej yang ditemui di Teluk Benggala mungkin daripada pesawat MH370 yang hilang.
GeoResonance yang berpangkalan di Adelaide dilaporkan media Malaysia dan Channel Seven Australia bahawa ia mengesan kemungkinan serpihan daripada pesawat berkenaan di lokasi 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang.
Pada Selasa, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata beliau akan mengesahkan maklumat itu dengan Pusat Penyelaras Agensi Bersama (JACC) Australia yang mengetuai operasi mencari itu.
“Lokasi MH370 yang dicadangkan laporan GeoResonance itu (di Teluk Benggala) bukan dalam zon mencari dan menyelamat Australia.
“Operasi mencari yang diketuai Australia bergantung kepada maklumat daripada satelit bagi menentukan lokasi pesawat yang hilang itu,” kata seorang jurucakap kerajaan Australia kepada AFP.
Beliau berkata, lokasi yang dinyatakan laporan GeoResonance itu bukan dalam lengkung pencarian yang dirumuskan daripada data berkenaan
“Pasukan mencari antarabangsa berpuas hati bahawa lokasi pesawat itu berakhir ialah di bahagian selatan lengkung pencarian itu,” katanya, lapor mStar.
MH370: Australia tolak dakwaan GeoResonance

2:20 PG
SEORANG juruterbang dari New York mendakwa telah menemui serpihan pesawat milik Penerbangan Malaysia (MAS), MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu di lautan berhampiran pantai Thailand.
Michael Hoebel, 60, mendakwa telah menemui imej serpihan itu selepas membuat pencarian menerusi ribuan imej pelbagai stelit yang terdapat di sekitar laluan pesawat berkenaan.
Juruterbang dari Tonawanda itu berkata, dia terkejut dengan imej yang diperolehi dan percaya pesawat dalam air itu telah terhempas sejak dua bulan lalu di timur laut pantai Malaysia iaitu lokasi ia dikesan melakukan lencongan.
Jelasnya, imej satelit tersebut dirakam pada 10 Mac iaitu dua hari selepas pesawat berkenaan dilaporkan hilang.
Ditanya mengenai kemungkinan imej itu merupakan banyangan seekor ikan yu, Hoebel menyoal," adakah seekor ikan yu sepanjang 21 kaki (6.4 meter) boleh didapati di lautan tersebut".
Lelaki itu juga yakin imej tersebut merupakan pesawat MH370 yang didakwa berakhir di Lautan Hindi baru-baru ini.
SUMBER
MH370 Juruterbang Dakwa Temui Pesawat Terhempas

1:18 PG
KUALA LUMPUR – Adakah dakwaan seorang wanita rakyat Malaysia yang baru pulang dari menunaikan umrah pada 8 Mac lalu yang ternampak sebuah bangkai pesawat yang besar berwarna perak di perairan Laut Andaman berkait dengan dakwaan terbaru sebuah syarikat penerokaan Australia yang telah menemui bangkai pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) yang hilang sejak 8 Mac lalu.
Dalam laporan Astro Awani pada 21 Mac lalu, wanita tersebut, Raja Dalelah Raja Latife, 53 mendakwa melihat bangkai sebuah pesawat yang sebahagiannya tenggelam dan sebahagian lagi timbul di perairan Laut Andaman ketika pesawat yang dinaikinya itu melintasi kawasan berkenaan pada pagi 8 Mac lalu.
Raja Dalelah yang ketika itu berada dalam pesawat milik Penerbangan Saudi SV2058 yang berlepas dari Jeddah pada jam 3.30 pagi waktu Arab Saudi (8.30 pagi waktu Malaysia) telah melewati kawasan bandar Chennai di India sebelum memasuki ruang udara di perairan Laut Andaman.
Dalam satu laporan berita daripada 7News Australia semalam pula, menyatakan bahawa syarikat GeoResonance yang membuat pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac lalu telah mengesan objek yang berkemungkinan sebuah bangkai pesawat di Teluk Bengal berdekatan dengan perairan Laut Andaman.
Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.
“Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu,” katanya seperti yang dipetik 7News.
Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana lokasi itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.
Menurutnya objek tersebut sememangnya tiada sebelum kejadian tersebut.
Berdasarkan kedua-dua dakwaan itu mungkinkah ini merupakan satu petunjuk baru dalam misi pencarian pesawat yang masih lagi gagal ditemui sehingga pada hari ini.
MH370: Mungkinkah Dakwaan Jemaah Umrah Itu Benar?

9:28 PG
KUALA LUMPUR: An Australia based exploration company said it may have found the wreckage of the missing Malaysian Airlines (MAS) MH370 which went missing on March 8.
The company, GeoResonance, based in Adelaide, claimed the wreckage was found about 5,000km away from where the authorities have been looking, 7News Adelaine reported.
The company which had started its own search for the missing plane on March 10 said its research has identified elements on the ocean floor consistent with material from a plane.
The technology that we use was originally designed to find nuclear warheads, submarines… our team in the Ukraine decided we should try and help,” David Pope from GeoResonance told 7News.
He said the company surveyed over 2,000,000 square kilometres of the possible crash zone, using images obtained from satellites and aircraft.
He added that scientists focused their efforts north of the flight’s last known location, using over 20 technologies to analyse the data including a nuclear reactor.
The team had verified its finding by analysing images from the same area on March 5 and found that the wreckage was not there before the flight’s disappearance.
“We’re not trying to say that it definitely is MH370, however it is a lead we feel should be followed up,” Pope was quoted.
GeoResonance’s Pavel Kursa who was also quoted by the report said that they had identified chemical elements and materials that make up a Boeing 777.
“These are aluminium, titanium, copper, steel alloys and other materials,” he said.
The flight carrying 239 passengers and crew went missing while on its way to Beijing.
Read more at: http://english.astroawani.com/news/show/mh370-company-claimed-to-have-found-plane-wreckage-34883?cp
MH370: Company claimed to have found plane wreckage

8:53 PG
Adelaide : Sebuah syarikat pencarian yang berpengkalan di Adelaide percaya mereka mengesan satu lokasi disyaki tempat persemadian pesawat MH370 di Teluk Benggala kira-kira 5,000 kilometer dari lokasi pencarian sekarang di Lautan Hindi.
Syarikat berkenaan, GeoResonance memberitahu 7News, hasil pencarian dan penyelidikan pihaknya berjaya mengesan beberapa elemen di dasar laut yang konsisten dengan bahan pesawat MH370.
Sudah enam minggu berlalu sejak pesawat MH370 dan operasi pencarian di Lautan Hindi gagal mengesan serpihan pesawat itu.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott hari ini, mengakui peluang tipis untuk menemui serpihan pesawat di permukaan laut.
GeoResonance percaya pihak berkuasa sedang mencari di kawasan yang silap dan pihaknya melakukan inisiatif sendiri mencari MH370 sejak 10 Mac.
"Teknologi yang kami gunakan sebenarnya direka untuk mencari bahan perang nuklear, kapal selam...pasukan kami di Ukraine mencadangkan kami patut cuba membantu," kata jurucakap GeoResonance David Pope.
Syarikat itu sudah menganalisa 2,000,000 kilometer persegi kawasan yang dipercayai kawasan pesawat terhempas menggunakan imej yang diperoleh dari satelit dan pesawat.
Saintis pula memfokuskan pencarian di utara lokasi terakhir pesawat dikesan menggunakan lebih 20 peralatan berteknologi tinggi untuk menganalisis data.
"Kami bagai tidak percaya apa yang kami temui di Teluk Benggala.
"Pasukan kami teruja selepas menemui sesuatu yang dipercayai bangkai pesawat komersial," kata Pope.
Sementara itu, Pavel Kursa dari syarikat yang sama memberitahu stesen televisyen itu yang mereka mengesan elemen kimia dan bahan membuat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, gangsa, besi aloi dan bahan lain.
Laporan juga sudah dihantar kepada pihak berkuasa ketika kotak hitam masih mempunyai jangka hayat selama dua minggu lagi.
Pasukan itu turut mengesahkan penemuan dengan membuat analisa perbezaan imej di kawasan berkenaan pada 5 Mac iaitu tiga hari sebelum pesawat itu hilang.
Laporan lengkap diserahkan pada 15 April lalu.
"Kami tidak mengatakan ianya sah adalah MH370 tetapi kami berpendapat ia adalah petunjuk yang patut diberi perhatian," kata Pope.
7News cuba menghubungi Angus Houston dari JACC namun gagal.
--HMETRO
Jumpa MH370 di Teluk Benggala

3:46 PG
CANBERRA: Pencarian dalam air bagi pesawat Malaysia Airlines MH370 akan diluaskan lagi dan usaha di kawasan baru yang lebih besar boleh mengambil masa sehingga lapan bulan.
Perdana Menteri Australia Tony Abbott berkata, Bluefin-21 milik Tentera Laut Amerika Syarikat sudah beroperasi selama beberapa minggu tetapi gagal menemui petunjuk baru.
Pasukan mencari kini sedang mengkaji penggunaan alat baru yang boleh mengendalikan kawasan dasar laut yang lebih luas, katanya.
“Kemungkinan besar tiada serpihan terapung yang akan ditemui. Pada peringkat ini, selepas 52 hari mencari, objek akan dipenuhi air dan tenggelam.
“Oleh itu, kami akan memasuki fasa baru dengan fokus pencarian di dasar laut yang lebih luas lagi,” kata Abbot.
Usaha pencarian kini akan dibuat di kawasan seluas 700 kilometer panjang dan 80 kilometer lebar, katanya.
Pegawai Australia akan menghubungi syarikat swasta bagi penggunaan peralatan pemetaan sonar yang boleh ditunda oleh kapal dengan kos dianggarkan kira-kira AS$60 juta (RM196.23 juta), kata Abbott.
Bluefin-21 akan terus dengan operasinya sementara kontrak bagi peralatan baru ini disusun, katanya.
Sehingga kini, setiap negara yang terbabit operasi pencarian menanggung kos masing-masing tetapi Abbot berkata, Australia akan meminta sumbangan negara lain untuk menanggung kos penggunaan peralatan baru ini.
Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Angus Houston berkata, ia adalah operasi yang sangat besar dan memerlukan masa untuk diselesaikan.
“Jika semua berjalan lancar, operasi ini boleh selesai dalam masa lapan bulan,” katanya.
Namun, tempoh itu tidak mengambil kira sebarang masalah teknikal atau cuaca. - AP
Fasa baru pencarian dasar laut

.jpg)