Home » , » Pemilik Villa Nabila di kenal pasti MBJB hantar Notis

Pemilik Villa Nabila di kenal pasti MBJB hantar Notis

JOHOR BAHRU - Kerajaan negeri akan menyemak status banglo tinggal dikenali Villa Nabila yang terletak di Jalan Skudai, di sini yang menjadi tumpuan orang ramai selepas dikaitkan dengan kisah mistik mengghaibkan seorang remaja, kelmarin.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pihaknya akan merujuk rekod pemilikan itu dengan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bagi mendapatkan kepastian.

“Saya akan tanya dengan Datuk Bandar dan tengok macam mana, kita nak tengok sama ada bayar cukai harta atau tidak,” katanya. Sejak kelmarin, Villa Nabila di sini dikunjungi ribuan
orang apabila dikaitkan dengan kehilangan seorang remaja lelaki berusia 16 tahun yang dilaporkan gagal pulang ke rumah selepas mengunjungi kediaman agam tersebut bersama 29  rakannya, awal pagi Ahad lalu.

Kehilangan Mohamad  Izzat Izzudin Husin, 16, itu dilaporkan ibunya Norhayati  Mohamad, 39, selepas gagal dikesan sejak Sabtu lalu yang akhirnya ditemui semalam di rumah rakannya di Flat Desa Mutiara, di sini pada jam 12 tengah  malam.

Sementara itu, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) Ismail Karim berkata, pihaknya telah mengeluarkan notis kepada pemilik banglo tinggal itu supaya membersihkan  kawasan berkenaan dalam tempoh seminggu bermula semalam.

Pihaknya mengakui menghantar notis kepada pemilik tanah Villa Nabila, iaitu  seorang warganegara Singapura. “Kita tidak boleh bersihkan kawasan berkenaan disebabkan kawasan banglo  tinggal itu adalah pemilikan persendirian.

Justeru kita arahkan pemiliknya tutup laluan masuk ke kawasan berkenaan. “Ini disebabkan kawasan itu dilaporkan menjadi tempat aktiviti tidak sihat malah ia kembali menjadi tumpuan  selepas tersebar berita kehilangan seorang remaja sebelum ini selepas masuk ke dalam banglo tersebut,” katanya.

Ismail memaklumkan, pihaknya tidak boleh merobohkan banglo tinggal itu kecuali premis itu mengganggu kawasan laluan selain status pemilikannya.

Katanya, walaupun keadaan kawasan banglo lama itu kelihatan terbiar selain dipenuhi  semak, bagaimanapun pemiliknya tidak culas untuk membayar cukai harta kepada MBJB.

“Jika pemiliknya masih gagal membersihkan mengikut tempoh yang diberikan, MBJB akan bertindak menutup laluan masuk ke villa itu selain membersihkannya.

“Keseluruhan kos membersihkan kawasan itu akan dicaj melalui akaun cukai harta pemilik terbabit,” katanya.
--Sharian
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger