“Kami sudah tahu segala-galanya mengenai Malaysia. Lagi pun kami sudah bertemu Februari lalu di Doha yang mana kami menang 2-0. Mungkin untuk perlawanan ini saya akan gunakan falsafah dan formasi berbeza. Namun dari segi barisan pemain, tidak terlalu banyak bezanya.
“Tapi saya lihat Malaysia sudah banyak meningkat selepas kami menang 2-0 itu. Mereka mampu mengumpul empat mata setakat ini, berjaya menampilkan persembahan baik pada dua aksi bertemu Bahrain. Apa pun kami mahu menang perlawanan ini untuk mengesahkan kemaraan,” kata Fahad pada sidang media pra-perlawanan di Wisma FAM, petang semalam.
Hujan bukan masalah
Qatar dijangka terus mempertaruhkan beberapa tonggak utama seperti kapten, Ibrahim Al Ghanim, Sebastian Suria, Abdelkarim Hassan, Khalfan Ibrahim, Hamid Ismaeil dan Hasan Al Haydos yang membantu mereka meraih tiga kemenangan serta sekali tewas pada empat aksi Kumpulan D setakat ini.
Ditanya mengapa pasukannya lewat tiba di Kuala Lumpur iaitu hanya tengah hari semalam, kurang 36 jam sebelum perlawanan, Fahad, 40, berkata: “Pasukan perubatan kami sendiri yang beri idea bahawa keputusan hadir untuk tempoh singkat ini lebih baik untuk perancangan pasukan dan keadaan pemain kami.”
--Bharian
Catat Ulasan