Home » , » PKR Sabah Bakal Ditalkin Jika Momentum Keluar Parti Berterusan – Fairus

PKR Sabah Bakal Ditalkin Jika Momentum Keluar Parti Berterusan – Fairus


KUALA LUMPUR, 27  Nov – Perkembangan terbaru yang memperlihatkan 11 Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan keluar dari parti  memperlihatkan bahawa PKR kini semakin hilang arah serta berlakunya kerosakan struktur dalaman parti yang tidak mampu diselamatkan lagi, demikian jelas bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang 1, Datuk Seri Fairus Khairuddin.

Menurut Fairus,  beliau sememangnya sudah menjangkakan tindakan 11 Ketua Cabang PKR itu memandangkan perjuangan parti tersebut sudah tersasar dari landasan perjuangan yang sepatutnya.

“Syabas saya ucapkan kepada mereka dan kita menyambut baik keputusan ketua-ketua cabang itu untuk meninggalkan parti bermasalah seperti PKR.

ahmad-maslan-11-ketua-cabang-2-adun-pkr-keluar-parti-sabah-pwtc

“Saya sendiri baru-baru ini  telah menerima beberapa panggilan dari rakan-rakan PKR yang meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati mereka terhadap kepimpinan PKR pusat.

“Berdasarkan maklumat yang saya perolehi, insyaAllah akan ada ada gelombang kedua dan ketiga yang akan menyusul di mana lebih ramai lagi ketua-ketua cabang PKR yang akan meninggalkan parti itu dan kembali kepada BN dalam jangka masa terdekat ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, sekiranya beginilah momentum yang berlaku di dalam PKR, beliau tidak menolak andaian bahawa tidak lama lagi, parti tersebut akan terkubur di negeri di bawah bayu itu.

“Melihat daripada perkembangan ini, saya menaruh keyakinan bahawa usia PRK di Sabah tidak akan bertahan lama. Ini memandangkan sudah ada isyarat bahawa lebih ramai lagi ahli dan kepimpinan PKR di negeri itu akan meninggalkan parti tersebut.

“Sekiranya berlakunya lagi gelombang kedua dan ketiga di mana ahli dan kepimpinan PKR secara beramai-ramai keluar dari parti ini dalam tempoh masa yang terdekat, maka bagi saya sudah selayaknya PKR Sabah bakal ditalkinkan tidak lama lagi,” kata beliau.

Baru-baru ini, dua ADUN yang sudah pun mengistiharkan keluar PKR sebelum ini iaitu ADUN Matunggong, Datuk Jelani Hamdan dan ADUN Kadamaian daripada PKR, Jeremy Malajad bersama-sama sebelas lagi ketua cabang PKR  secara rasminya telah membuat pengumuman keluar dari parti PKR.

Sebelas Ketua Cabang yang mengumumkan keluar PKR  mewakili kawasan Kudat, Kota Marudu, Sepanggar, Kota Belud, Batu Sapi, Pensiangan, Beluran, Kinabantangan ,Silam, Kalabakan dan Semporna. -MediaUMNO
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger