MIRI: Polis Miri berjaya memberkas seorang pemuda yang disyaki merogol seorang gadis bawah umur berusia 15 tahun.
Suspek yang berusia 22 tahun ditangkap sekitar jam 6 petang kelmarin di sebuah pusat latihan di kawasan Lutong.(Gambar Hanya Hiasan)
Tangkapan ke atas suspek telah dibuat berikutan laporan polis yang diterima Balai Polis Pusat Miri daripada sepasang suami isteri di sini kelmarin.
Dalam laporannya, ibu terbabit mendakwa anak perempuannya yang berusia 15 tahun kelihatan lesu dan pucat.
Dia yang bimbang akan keadaan itu segera menghantar anaknya ke hospital bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa tidak datang haid sejak dua bulan lalu.
Melihat keadaan itu, ibu terbabit telah bertanya kepada mangsa apa yang berlaku dan mangsa mengaku pernah mengadakan hubungan sulit dengan teman lelakinya sekitar bulan Oktober lalu.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 30 tahun serta boleh disebat, jika sabit kesalahan.
--Borneopost
1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...

Catat Ulasan