Remaja tersebut berdepan hukuman penjara lima tahun kerana berkelakuan tidak senonoh.
Rayuan berkenaan dibuat peguam mereka semalam dan hakim dijangka memberikan keputusan kes berkenaan pada 6 Disember ini.
Tertuduh adalah sepasang kekasih iaitu remaja lelaki dan perempuan berusia 15 serta 14 tahun dan seorang lagi remaja lelaki berusia 15 tahun.
Pasangan remaja itu telah bercium manakala rakan mereka pula telah mengambil gambar berkenaan ketika waktu persekolahan di bandar Nador.
Mereka hadir di mahkamah bersama ibu bapa masing-masing dan peguam bela mereka.
Menurut peguam bela mereka, terdapat tanda-tanda positif bahawa hukuman itu mungkin diringankan.
Maghribi – Tiga remaja yang mendapat liputan meluas susulan gambar bercium mereka yang dimuatnaik dalam Facebook hingga menyebabkan mereka ditangkap, kini memohon supaya mahkamah hanya memberikan teguran, berbanding hukuman penjara. Remaja tersebut berdepan hukuman penjara lima tahun kerana berkelakuan tidak senonoh.
Catat Ulasan