Home » , » Taktik kotor akhirnya terbongkar

Taktik kotor akhirnya terbongkar

KUALA LUMPUR – Seramai 12 GRO warga asing yang cuba menyorok di belakang tong simpanan arak di sebuah premis hiburan, berjaya diberkas dalam serbuan ops noda oleh sepasukan polis dari unit D7, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, kelmarin.
Ketua operasi berkenaan, Inspektor Mohd Nor Nahar Nayan berkata, seorang pegawai dan lapan anggota telah menyerbu kelab malam di Jalan Kuchai Lama itu sekitar jam 10.30 malam.
“Dalam serbuan ini, seramai 12 wanita warga asing ditangkap kerana menyalahgunakan pas lawatan sosial selain bekerja sebagai GRO.
“Lapan wanita warga Vietnam dan selebihnya dari Thailand, China, Indonesia dan Laos. “Tangkapan ini hasil maklumat yang kita peroleh,” katanya.
Menurutnya, kesemua GRO warga asing tersebut berusia dari lingkungan 16 hingga 30 tahun.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati premis ini mempunyai lesen perniagaan yang sah bagaimanapun telah melanggar syarat lesen yang ditetapkan.
Menurutnya, dalam serbuan itu juga seorang lelaki warga tempatan dipercayai  pekerja di premis berkenaan ditahan, lapor sumber Sinar Harian.
“Operasi tamat kira-kira setengah jam berikutnya dan kesemua yang ditangkap telah dibawa ke IPD Brickfields untuk siasatan,” katanya.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger