Home » , » Kolam air panas Tawau makin popular selepas berwajah baharu

Kolam air panas Tawau makin popular selepas berwajah baharu


TAWAU: Setelah diberi wajah baharu dan dilengkapi pelbagai kemudahan, Taman Rekreasi Air Panas Tawau kini muncul sebagai antara destinasi pilihan utama pelancong tempatan dan dari luar negara.
Mula dibangunkan lima tahun lepas oleh Rekobumi Sdn Bhd dengan kos RM1 juta, taman ini beroperasi sepenuhnya dua tahun kemudian.
Dalam wawancara dengan Bernama, pengarah syarikat itu Datuk Soon Ten Fook berkata pengambilalihan pengurusan kolam air panas ini dilakukan pihaknya keranamendapati ia berpotensi menjadi produk pelancongan popular, di sampingmemuliharanya untuk generasi akan datang.
“Selepas mendapat kelulusan kerajaan bagi membangunkan kawasan ini, kami mula menyiapkan asasnya. Kami yakin ia mempunyai masa depan cerah dan inilahyang memberi semangat kepada kami.
“Ketika ini, pelanggan kami terdiri daripada pengunjung berkala dan pengembara yang membuat persinggahan, termasuk dari luar negara,” katanya.
Tempat ini, yang suatu ketika dahulu dianggap sebagai kolam air panas terbiar, diberi namanya sekarang tiga tahun lepas.
“Selepas diberi wajah baharu, jumlah pelawat meningkat dengan begitu ketara, terutama ketika cuti sekolah dan cuti umum,” kata Soon.
Menurut beliau taman rekreasi ini akan terus dibangunkan, termasuk menempatkan lebih banyak spesies haiwan liar bagi memenuhi selera pelbagai kelompok pengunjung.
Ketika ini, ia menempatkan haiwan seperti buaya, harimau bintang, beruang dan spesies kucing dari China. — Bernama


Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger