KUALA LUMPUR: Peserta perhimpunan Rakyat Pilih di Dataran Merdeka, malam tadi, didapati melanggar sekurang-kurangnya tiga kesalahan dan polis akan mengambil tindakan sewajarnya.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad, antara kesalahan terbabit adalah merempuh benteng polis sekali gus bersalah menghalang penjawat awam, tiada notis pemberitahuan untuk berhimpun dan pencerobohan.
Menurutnya, pihak tidak bertanggungjawab pula akan disiasat mengikut Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 15 akta sama kerana berarak.
"Kita akan melakukan semakan dan mereka ini tidak terlepas daripada hukuman. Selain itu, mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Senjata Api serta menghalang penjawat awam menjalankan tugas.
"Malah, ketika Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, berucap ada juga yang membaling botol. Namun, kita dapat mencegah kekacauan menerusi pendekatan berhemah dan kawal selia," katanya.
Menurutnya, program ambang tahun baru 2014 terpaksa dihentikan selepas dicemari kekacauan.
Selain itu, katanya, tiga halangan yang dibuat anggota polis dan penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dirempuh peserta perhimpunan menyebabkan dua anggota polis mengalami kecederaan.
Rempuhan terbabit berlaku antara 10.30 malam hingga 11 malam selepas peserta perhimpunan itu dihalang polis untuk masuk ke kawasan Dataran Merdeka.
Zainuddin berkata, kedua-dua anggota polis berkenaan kini sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
"Tindakan peserta perhimpunan yang kemudiannya memasuki dataran sebelum melontar botol ke arah pentas ketika artis sedang membuat persembahan.
"Disebabkan tindakan itu, penganjur iaitu DBKL terpaksa menghentikan konsert berkenaan disebabkan faktor keselamatan," katanya
Menurutnya, seorang lagi anggota PGA juga cedera di kepala selepas dilontar batu oleh peserta perhimpunan ketika melakukan kawalan di Bukit Bintang.
Zainuddin berkata, pihaknya tidak melakukan sebarang tangkapan namun semua yang terbabit akan diheret ke muka pengadilan.
Menurutnya, pihaknya turut menemui empat parang dan sebilah pisau di tepi longkang di Kompleks Daya Bumi oleh polis bantuan yang melakukan kawalan keselamatan di bangunan berkenaan.
Katanya, terdapat beberapa pemimpin pembangkang menyertai perhimpunan berkenaan selain peserta perhimpunan yang menggelarkan diri mereka sebagai Turun dan Rakyat Pilih Dataran Merdeka (RPDM).
Menurutnya, DBKL akan membuat laporan polis dalam masa terdekat selepas menilai kerosakan yang dialami oleh mereka di dataran itu selain lima lokasi berkumpul seperti pusat beli-belah Sogo, Masjid Jamek, Pasar Seni dan Masjid Negara.
--Hmetro
KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Catat Ulasan