KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Stacy sedia tamat zaman solo
30 Dis – Penyanyi jelita, Stacy akui dirinya sudah bersedia untuk menamatkan zaman solonya.
Pada masa sama, Stacy yang dikaitkan bercinta dengan Akim Ahmad juga menzahirkan rasa tertariknya dengan agama Islam.
Juara "Akademi Fantasia" musim keenam (AF6) itu berkata, Islam mempunyai keistimewaan menerusi cara hidupnya yang bagus dan dia semakin tertarik untuk mendalami agama suci ini.
Bagaimanapun, Stacy atau nama sebenarnya Stacie Angie Anam berkata untuk memeluk Islam biarlah dari hati nuraninya dan bukannya atas dasar mahu berkahwin dengan Akim.
"Saya percaya jodoh di tangan Tuhan. Saya memang rapat dengan Akim tetapi kalau mahu memeluk agama Islam, biarlah ia datang sendiri dari hati saya dan bukannya kerana Akim ataupun sebab lain," katanya kepada Sinar Harian.
Labels:
B Malaysia
,
Entertainment
Catat Ulasan