Home » , » Testis pecah dibelasah polis

Testis pecah dibelasah polis


Alor Setar – Seorang wanita mendakwa suaminya cedera parah pada bahagian badan dan kemaluan selepas dipercayai dibelasah polis ketika lebih 10 hari berada dalam tahanan sejak 11 Disember lalu.
Isteri mangsa, 28, berkata, kejadian itu berlaku ketika suaminya yang juga seorang kontraktor ditahan reman untuk membantu siasatan berhubung kes rogol yang dikatakan berlaku di Taman Tengku Maheran, dekat Jitra, pada 9 Disember lalu.

Mangsa dikatakan ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu bersama isterinya selepas dimaklumkan ibunya mengenai kehadiran beberapa anggota polis ke rumah mereka untuk siasatan mengenai nombor pendaftaran keretanya pada 11 Disember lalu. Difahamkan, ketika itu mangsa tiada di rumah kerana mengambil isterinya selepas tamat mengikuti kursus di Tanah Merah, Jitra, pada hari yang sama.
Mangsa kemudiannya ditahan polis pada 11 Disember dan direman selama tujuh hari bermula 12 Disember hingga 18 Disember, namun kemudian disambung sehingga 23 Disember sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi akibat kecederaan parah pada Isnin lalu.
Mangsa dikatakan tidak sedarkan diri selama beberapa hari kerana dipercayai mengalami kecederaan parah pada usus hingga menyebabkannya terpaksa membuang air menggunakan saluran yang ditebuk di perutnya dan kecederaan pada kemaluannya hingga menyebabkan testisnya pecah.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger