1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Banjir - Tujuh buah sekolah di Kelantan ditutup
KOTA BHARU 12 Jan. - Keadaan banjir di negeri ini semakin serius apabila tujuh buah sekolah di daerah Tanah Merah dan Pasir Mas ditutup hari ini.
Di antara sekolah yang ditutup ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Tebing Tinggi; SK Panjang; SK Sokor; SK Ladang Kerilla; SK Kulim; Sekolah Menengah Kebangsaan Kerilla manakala di Pasir Mas hanya sebuah sekolah ditutup iaitu SK Kampung Rahmat.
Pada masa yang sama, paras air di beberapa sungai utama di negeri ini menunjukkan peningkatan.
Paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang dan Jenob, dekat sini telah melebihi paras bahaya manakala Sungai Kelantan, Sungai Lebir dan Sungai Galas telah melebihi paras berjaga-jaga.
Pihak keselamatan seperti polis, bomba, askar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dilaporkan telah memulakan operasi di kawasan yang dinaiki air.
Sehingga kini, seramai 1,050 orang di dua jajahan di negeri ini telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir. - UTUSAN ONLINE
© Utusan Melayu (M) Bhd
Labels:
B Malaysia
,
Disaster
,
Headlines


Catat Ulasan