Lebih membimbangkan, anaknya, Siti Mazira, 21 dikatakan sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan namun status sebenar perkahwinan mereka tidak dapat disahkan.
Menurutnya, dia bimbang sekiranya perkahwinan itu hanya ‘kahwin mulut’ untuk mengaburi mata ahli keluarga.
“Selepas mereka menghilangkan diri, saya membuat laporan polis pada 27 Oktober tahun lepas.
“Pada masa yang sama, saya dan ahli keluarga turut mencari mereka sebelum mendapat maklumat mengatakan lelaki itu membawa Siti Mazira ke Kuala Rompin,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Teh berkata, dia sendiri ke sana menemui isteri lelaki tersebut dan beberapa ahli keluarganya yang lain namun mereka memberi alasan tidak mengetahui di mana lokasi kedua-dua mereka berada.
“Saya kecewa kerana mereka enggan tampil bersemuka untuk mengesahkan perkahwinan yang dikatakan dilangsungkan di sini (Kuantan).
“Saya ada merujuk kes mereka itu kepada Pejabat Agama Islam Daerah (Paid) Maran dan Rompin untuk pengesahan bagaimanapun perkahwinan itu tidak didaftarkan,” katanya.
Menurutnya, dia sebagai bapa dan wali masih hidup dan perkahwinan itu perlu melalui kebenarannya.
“Kemungkinan mereka berkahwin di Siam dan mungkin juga mereka tiada ikatan perkahwinan sah sebaliknya berbohong kononnya bernikah untuk mengaburi mata ahli keluarga,” katanya.
Dia berkata, lelaki itu kononnya pengamal perubatan tradisional dan Siti Mazira dilaporkan menghilangkan diri selepas menerima rawatan dengannya.
“Saya tahu latar belakang lelaki itu. Dia sudah berkahwin dan mempunyai anak.
“Kalau isteri dan anak-anak sendiri dia abaikan bagaimana dia hendak menyara anak saya jika benar mereka sudah berkahwin,” katanya.
Teh berkata, dia kini mengharapkan anaknya bersama lelaki itu tampil menemui keluarga bagi mengesahkan khabar angin perkahwinan mereka itu.
“Sama ada mereka berkahwin atau tidak, kedua-duanya perlu tampil bersemuka dengan kami dan menyelesaikan masalah itu dengan segera,” katanya.
--SinarHarian
.jpg)

Catat Ulasan