1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Bas terbalik 15 cedera 3 maut
Batu Pahat: Tiga maut manakala 15 orang lagi cedera termasuk 11 parah selepas bas ekspres yang mereka naiki terbabas sebelum terbalik di Kilometer 107 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan berhampiran Yong Peng, awal petang tadi.
Dalam kejadian kira-kira pada jam 1.50 petang itu, bas yang dinaiki 17 penumpang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke selatan.
Bas berkenaan dipercayai hilang kawalan dan terbabas melanggar penghadang jalan sebelum terbalik ke parit bersebelahan.
Mangsa meninggal dunia dikenal pasti sebagai Mohd Sofuan Nurhakim Mohd Zaidi, 21; Mohd Amirul Asyraff Yaakub yang juga sepupu Mohd Sofwan serta Mohammad Zikri Othman, 10Semua mangsa cedera dan terkorban dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk rawatan dan bedah siasat- hmetro
Labels:
B Malaysia
,
Disaster


Catat Ulasan