BUKIT MERTAJAM 1 Jan. - Helah seorang wanita membawa dua anak bermalam bersama teman lelaki dipercayai bagi mengaburi mata pihak berkuasa agama tidak menjadi selepas dia bersama pasangannya ditahan dalam Ops Ambang 2014 yang dijalankan Jabatan Agama Islam negeri di sini malam tadi.
Wanita berusia 29 tahun itu pada mulanya memberi alasan bermalam bersama 'suaminya', namun siasatan lanjut mendapati dia dan pasangannya yang menyewa sebuah hotel di Alma dekat sini, tidak mempunyai hubungan sah.
Ketika serbuan, wanita berkenaan yang dipercayai masih isteri orang berada di dalam sebuah bilik hotel berkonsepkan pangsapuri bersama salah seorang anaknya.
Pasangannya pula yang diyakini masih suami orang berada di ruang tamu manakala seorang lagi anak wanita berkenaan berada dalam bilik berasingan.
Selain itu, operasi selama lima jam bermula pukul 2 pagi tersebut turut menahan wanita berusia awal 20-an yang sarat mengandung lapan bulan dipercayai masih berstatus isteri orang atas kesalahan khalwat di sebuah hotel bajet di Bagan, dekat sini.
Sementara itu, Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP), Khairul Azman Azizan berkata, operasi yang diadakan sempena sambutan tahun baharu tersebut digerakkan di tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Timur Laut.
Menurutnya, dalam serbuan itu, seramai 39 individu ditahan kerana didapati berkhalwat dan kesemua mereka dibawa ke Pejabat Agama Islam Butterworth untuk tindakan lanjut.
"Mereka akan didakwa di bawah Sesyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Pulau Pinang 1996 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali," katanya kepada pemberita selepas operasi berkenaan.
Dalam pada itu, operasi yang diketuai Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JHEAIPP, Yusuff Ahmad tersebut turut menahan tujuh pasangan remaja di sebuah hotel murah berhadapan pasar menjual daging babi di Jalan Raya Uda, Butterworth dekat sini.
Tidak cukup dengan itu, penguat kuasa jabatan agama juga terpaksa memasuki bilik sebuah hotel di Bagan Jermal berhampiran Persiaran Guerney dekat sini, dengan memanjat menerusi tingkap bilik air selepas penghuninya tidak mengendahkan arahan membuka pintu selama kira-kira 40 minit.
"Dalam serbuan itu, kita menahan pasangan yang tidak mempunyai hubungan suami isteri yang sah," katanya menurut sumbar utusn malaysia
KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Catat Ulasan