Home » , » Cubaan 'takluk' Batu Ferringhi gagal

Cubaan 'takluk' Batu Ferringhi gagal


GEORGE TOWN - Cubaan ribuan pelesit rempit yang menyerbu masuk ke negeri ini untuk 'menawan' kawasan Batu Ferringhi malam kelmarin bagi membolehkan mereka mengadakan pesta sambutan tahun baru 2014 di situ gagal apabila rancangan mereka dapat dihidu pihak berkuasa.

Kesemua mereka berusia antara belasan tahun sehingga 30-an dan dianggarkan berjumlah melebihi 2,500 orang termasuk wanita.

Kumpulan besar pelesit rempit itu dipercayai datang dari beberapa buah negeri jiran termasuk ada yang sanggup datang dari Johor, Kuala Lumpur, Selangor dan Perlis semata-mata untuk menyertai pesta tersebut.

Kehadiran mereka dalam jumlah yang luar biasa bukan sahaja menimbulkan kebimbangan orang awam mengenai tahap keselamatan mereka, tetapi turut memaksa polis menubuhkan sebuah pasukan khas bagi memantau pergerakan dan tindakan mereka.

Ada antara ahli kumpulan pelesit rempit itu bertindak ganas dengan melanggar sekatan di laluan Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, selain melanggar sekatan jalan raya yang dibuat oleh polis.

Terdapat juga yang mengambil kesempatan dengan keadaan kacau-bilau yang wujud itu dengan melakukan jenayah ragut di sekitar negeri ini sebelum berkumpul untuk menyertai pesta tersebut.


--Kosmo!
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger