Home » , » Duda gila talak rogol bekas isteri

Duda gila talak rogol bekas isteri


KUALA TERENGGANU - Seorang duda yang gila talak tergamak mengugut mahu membunuh jandanya selain merogol mangsa dalam kejadian di Pengadang Baru, di sini, Jumaat lalu, ditahan polis beberapa jam selepas kejadian berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K Manoharan berkata, suspek berusia 44 tahun dan bekerja sebagai mekanik itu ditahan polis kira-kira jam 9 malam, ketika datang semula ke rumah mangsa dipercayai untuk melakukan ugutan jenayah sekali lagi.

“Namun, polis yang menerima maklumat segera ke lokasi kejadian bagi menahan suspek yang diburu kerana mengugut dan merogol mangsa, kira-kira jam 1 pagi, pada hari sama.

“Semasa ditahan, polis turut merampas sebilah pisau yang digunakan suspek untuk mengugut bekas isterinya sebelum ini,” katanya.

Jelasnya lagi, polis turut merampas telefon bimbit, barang kemas dan beberapa barang milik mangsa yang disorokkan di tempat kerja suspek iaitu di sebuah bengkel kereta di Padang Midin, di sini.

Suspek yang turut positif dadah jenis methamphetamine kini direman sehingga 10 Januari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Sebelum ini, 4 Januari lalu, media ada melaporkan seorang lelaki layak digelar gila talak apabila bukan saja tergamak mengugut mahu membunuh bekas isterinya, tetapi turut merogol mangsa dalam kejadian di Pengadang Baru, di sini.

Suspek turut bertindak mengikat sebelum memukul bekas isterinya selepas puas melepaskan nafsu serakah dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi.

Dalam kejadian itu, mangsa yang sedang berehat di rumahnya didatangi suspek yang turut membawa sebilah pisau sebelum bekas suaminya meletakkan pisau berkenaan di lehernya.

Ketika itu, suspek turut menampar dan mengugut akan membunuh bekas isterinya itu sekiranya enggan melakukan hubungan seks dengannya.
>LAPORAN SEBELUM INI >SINI<
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger