Home » , » Jeritan minta tolong sebelum hanyut dalam longkang

Jeritan minta tolong sebelum hanyut dalam longkang


Kajang: Saya dengar jeritan meminta tolong sebelum nampak seorang kanak-kanak lelaki berpaut pada palang longkang menyebabkan terus berlari untuk selamatkan dia. Malangnya, seorang lagi rakannya tidak sempat diselamatkan lalu dihanyutkan arus deras,” kata Mohd Hanis Jamaluddin, 25, saksi kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun lemas selepas tergelincir dalam longkang di Jalan Suasana 2/7, Bandar Tun Hussein Onn di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Salman Mokhtar dikatakan bersama tiga rakan dalam perjalanan ke Lake Valley di sini, sebelum dua daripada mereka dikatakan tergelincir.
Mohd Hanis ketika ditemui di tempat kejadian berkata, ketika kejadian, hujan lebat dan air mula melimpah dalam longkang berkenaan menyebabkan kanak-kanak itu dihanyutkan arus deras sebaik terjatuh.
Mujur saya berada di luar rumah dan mendengar jeritan. Saya hanya sempat menarik tangan seorang kanak-kanak yang berpaut pada palang longkang manakala seorang lagi tidak sempat,” katanya yang turut menghubungi anggota Bomba dan Penyelamat.
Kerani sebuah syarikat swasta itu berkata, anggota jabatan berkenaan tiba ke lokasi kejadian beberapa minit kemudian.
Difahamkan, mereka ke tasik untuk melihat ikan.
Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 4.39 sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kajang ke lokasi dan tiba 20 minit kemudian.
Sebanyak lapan jentera termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Shah Alam dan Pelabuhan Klang membabitkan 32 pegawai dan anggota membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Kita turut mendapat kerjasama polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM),” katanya ketika dihubungi, semalam.
Sehingga jam 9.30 malam tadi, operasi mencari dan menyelamat mangsa masih diteruskan.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger