1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Lelaki lumpuh rentung
BANDARAYA MELAKA - Seorang lelaki yang lumpuh seluruh anggota badan akibat penyakit angin ahmar ditemui rentung dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Jalan Temenggong, Bandar Kaaba di sini malam kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira jam 11.15 malam itu, mangsa, C Sivalingam, 43, maut di tempat kejadian setelah rentung seluruh badan akibat tidak mampu bergerak untuk menyelamatkan diri.
Ketika kejadian, isteri mangsa, P Kaliammah, 40, serta anak perempuannya berumur 22 berada di luar untuk membeli barang manakala seorang lagi anak lelakinya berumur 21 tahun bekerja di Melaka Raya.
Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Yazid Mohd Tahir, kebakaran membabitkan empat pintu rumah kediaman dua tingkat dan setingkat.
Katanya, bomba menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 11.50 malam dan tiba di lokasi kejadian dua minit kemudian.
“Jarak di antara lokasi kejadian dengan balai balai bomba Jalan Kubu hanya kira-kira 3 kilometer dan sebaik sampai api sedang marak terutama di bahagian tengah.
“Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.07 malam dan api dipadam sepenuhnya kira-kira jam 12.45 malam,” katanya.
Yazid berkata, mangsa ditemui di bahagian bawah berhampiran tangga dan ia dipercayai gagal menyelamatkan diri kerana kakinya lumpuh.
“Seramai 26 anggota termasuk pegawai terbabit dalam operasi berkenaan melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat dari Jalan Kubu, Bukit Katil dan Ayer Keroh.
“Kediaman itu musnah 80 peratus dan punca kejadian masih disiasat,” katanya
--SinarHarian
Labels:
B Malaysia
,
Disaster
.jpg)

Catat Ulasan