Home » » Mayat anak ditemui, bapa masih hilang

Mayat anak ditemui, bapa masih hilang


NIBONG TEBAL – Mayat mangsa lemas, Mohd Halif Akim Halim, setahun 10 bulan ditemui penyelamat kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.
Mangsa yang tergelincir dari bot yang dinaiki bersama keluarganya ditemui kira-kira 400 meter dari lokasi kejadian.
Operasi mencari bapanya yang juga seorang anggota polis, Koperal Halim Ibrahim, 52, masih diteruskan.
Mayat dihantar ke Hospital SungaI Bakap untuk bedah siasat.
Dalam kejadian 6 petang semalam, Halim dan Mohd Alif dilapor hilang di sungai itu apabila bot yang dinaiki mereka bersama anggota keluarga dikatakan hilang kawalan menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke dalam sungai.
Turut berada di dalam bot ketika kejadian ialah isteri anggota polis itu, Waridah Muing, 33, juga seorang anggota polis dan anak perempuan mereka Nor Amira, 5.
“Waridah dikatakan terjun untuk menyelamatkan anak mereka diikuti oleh Halim yang bimbang akan keselamatan isteri dan anaknya itu,” kata Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Beliau berkata Halim berjaya menyelamatkan isterinya dan terjun semula ke sungai untuk mencari anak lelaki mereka, tetapi selepas 10 minit kedua-dua mereka langsung tidak muncul, menurut sumber Sinar Harian.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger