Home » , » Padah ugut sebar gambar bogel wanita

Padah ugut sebar gambar bogel wanita


AYER KEROH - Padah memiliki gambar lucah dan mengugut menyebar gambar bogel seorang wanita, seorang bekas pelajar universiti swasta dijatuhi hukuman denda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Hukuman diputuskan Majistret Ida Rahayu Sharif terhadap tertuduh, Mohd Hidayat Abd Ghani @ Mokhtar, 24, dari Batu Buruk, Terengganu selepas menukar pengakuan kepada bersalah ke atas tiga pertuduhan pada hari sebutan semula kes semalam.
(Gambar Hiasan)
Berdasarkan pertuduhan pertama, dia didapati sengaja mendatangkan ketakutan terhadap seorang wanita berusia 23 tahun dengan ingin menyebarkan gambar bogel mangsa supaya menyerahkan seutas gelang tangan dan rantai leher emas di sebuah pangsapuri di Bukit Beruang dalam kejadian kira-kira 2.27 pagi, antara Ogos hingga 2 September lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, Mohd Hidayat didapati melakukan pemerasan dan cuba mendatangkan ketakutan kepada mangsa sama untuk menyebarkan gambar bogelnya supaya menyerahkan wang tunai RM5,000 di tingkat 15 asrama universiti berkenaan, kira-kira 10.41 pagi pada 17 September lalu.

Dakwaan dilakukan mengikut Seksyen 385 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara tujuh tahun, denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mengikut pertuduhan ketiga, tertuduh didapati melakukan kesalahan  mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum tiga tahun atau denda; atau kedua-duanya sekali kerana memiliki gambar lucah dalam telefon bimbit jenis Samsung S3 Mini miliknya di pangsapuri sama, kira-kira jam 1 tengah hari, 19 September lalu.

Terdahulu, peguam bela Azwan Abdul Wahab memohon mahkamah tidak memberikan hukuman penjara, sebaliknya hukuman denda minima terhadap tertuduh yang telah menyesal, malah sudah diberhentikan daripada pengajian.

‘’Tertuduh merupakan anak yatim yang kematian bapa, selain dia juga berhasrat untuk menyambung pelajarannya kembali,’’ katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Nabilah Nizam ketika mengendalikan kes memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh yang melakukan perbuatan pemerasan tidak bermoral hingga memberikan kesan kepada mangsa.
--Sinar
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger