Home » , » Pemandu jengkaut parah ditembak

Pemandu jengkaut parah ditembak

Kuala Berang: Seorang pemandu jengkaut parah selepas ditembak dua das di perut oleh seorang lelaki di Kampung Menjing, di sini semalam.
(Gambar Hiasa)
Kejadian jam 8 malam dipercayai berlaku selepas dua lelaki datang ke rumah mangsa dengan menggunakan kereta Perodua Kelisa.
Menurut seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali, seorang daripada suspek memanggil mangsa keluar dan berlaku petengkaran mulut antara mereka.

Katanya, suspek kemudian kembali semula kepada rakannya di dalam kereta itu sebelum bertindak melepaskan dua das tembakan ke perut mangsa yang berada di beranda rumah ketika itu.


Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri sebaik melepaskan tembakan itu.


Manakala mangsa berusia 28 tahun yang parah akibat terkena tembakan itu dibawa ke Hospital Hulu Terengganu sebelum dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.
-Hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger