1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Terkini Mangsa banjir di Kelantan meningkat
KOTA BHARU: Bilangan mangsa banjir di dua daerah di Kelantan terus meningkat selepas dilanda gelombang kedua banjir sejak semalam.
Sehingga jam 10 pagi tadi, seramai 1,043 penduduk terdiri daripada 224 keluarga terpaksa dipindahkan ke lapan pusat pemindahan di Jeli dan Tanah Merah.
Bilangan mangsa tertinggi adalah di Jeli iaitu membabitkan 770 mangsa terdiri daripada 156 keluarga.
Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, paras air Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah berada di paras bahaya iaitu 24.15 meter (normal 19 meter).
"Manakala rekod bacaan paras air Sungai Golok di Rantau Panjang juga di paras bahaya iaitu 9.66 meter (5 meter)," katanya.
--hmetro - sumber gambar FB PDRM
Labels:
B Malaysia
,
Headlines


Catat Ulasan