SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Wanita warga India ditemui mati ditikam
Kuala Lumpur: Seorang wanita warga India berusia 28 tahun ditemui mati dengan kesan tikaman dan kelar dalam tab mandi sebuah pusat kecantikan di Jalan Jelawat, Bandar Sri Permaisuri, di sini, malam tadi.
Difahamkan, mangsa dibunuh lebih tiga hari lalu kerana keadaan mayat yang sudah berbau busuk selain penemuan kesan kelar pada leher dan tikaman di dada.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, pihaknya menerima maklumat penemuan mayat wanita terbabit kira-kira jam 9 malam.
"Majikan mangsa membuat laporan polis mengenai penemuan mayat pekerjanya itu dalam keadaan berlumuran darah dan berbau busuk. Sebaik polis tiba, suami mangsa juga ada di premis itu.
"Hasil soal siasat, lelaki itu mendakwa kali terakhir berjumpa isterinya kira-kira jam 5 petang Isnin lalu sebelum dia keluar," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, awal pagi tadi.
Menurutnya, polis menahan suami mangsa berusia 27 tahun itu untuk siasatan lanjut.
--Hmetro
Labels:
B Malaysia
,
crime
Catat Ulasan