Home » » Che Mat hayun parang

Che Mat hayun parang


Alor Setar: “Engkau tak faham perasaan dan masalah aku. Duit aku dah banyak hilang.”
Itu antara kata-kata seorang lelaki yang mengamuk dengan menetak tiang elektrik menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Tongkang Yard, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.30 pagi itu, warga emas dikenali sebagai Che Mat, 50-an, bertindak di luar kawalan kerana mengalami tekanan perasaan dipercayai akibat masalah keluarga selain turut memaki hamun penduduk kampung dengan perkataan kesat.

Malah, lelaki itu turut menimbulkan ketakutan apabila dikatakan berjalan mengelilingi kampung sambil mengacukan parang sepanjang 15 sentimeter kepada orang ramai. p>
Bimbang mendatangkan kecederaan, penduduk kampung membuat laporan polis sebelum lelaki terbabit berjaya ditahan sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira jam 2 petang.
--Hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger