Home » » Empat penuntut kolej maut

Empat penuntut kolej maut


GOPENG: Empat penuntut maut dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta n lori di Kilometer 25.5 Jalanraya Ipoh-Kuala Lumpur kira-kira 500 meter dari Gua Tempurung dekat sini, jam 5 pagi tadi.

Dalam kejadian itu kereta model Produa Viva dipercayai dari Ipoh menghala ke Kampar hilang kawalan sebelum merempuh lori membawa muatan tar dari arah bertentangan.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, kemalangan membabitkan dua kenderaan itu menyebabkan empat maut.

"Siasatan awal mendapati empat mangsa, seorang lelaki dan tiga wanita penuntut sebuah kolej swasta di sini.
"Kenderaan yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas merempuh bahagian kiri depan lori berkenaan," katanya.


Beliau berkata, kemalangan itu menyebabkan kesemua mangsa maut di tempat kejadian.

"Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Kampar untuk tindakan lanjut sementara pemandu lori berusia 42 tahun tidak mengalami kecederaan.

"Siasatan berhubung kejadian masih dijalankan," katanya.
--Hmetro
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger