SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
Saya lawan, jerit – Kanak-kanak
Kota Bharu – “Saya lihat sebuah kereta berwarna gelap berhenti di hadapan saya dan orang yang duduk di sebelah pemandu menyuruh saya masuk ke dalam kereta.
“Saya enggan sebelum lelaki berbadan agak besar keluar dan menarik tangan. Saya melawan dan menjerit. Kemudian datang dua ‘abang’ menaiki sebuah motosikal menyelamatkan saya,” kata kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang nyaris diculik di depan sekolahnya di Panchor, Pengkalan Chepa, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, kanak-kanak terbabit bernasib baik apabila muncul dua hero menyelamatkannya dan membawanya pulang ke rumah.
Menurut anak ketiga daripada empat beradik itu, berlaku tarik-menarik antara penculik dengan dua lelaki berkenaan sehingga tangannya dilepaskan penculik itu yang masuk ke dalam kereta sebelum pemandunya memecut kenderaan.
Katanya, dia bawa dua lelaki itu ke rumahnya di Pulau Belacan, Pengkalan Chepa, di sini, dan mereka kemudian beredar.
“Saya duduk di tengah tempat duduk motosikal dan dua abang itu bawa saya pulang, tetapi tidak sempat bertemu ayah dan abang,” katanya. Sementara itu, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Ina, 36, berkata, dia bersama suami dalam perjalanan mengambil seorang lagi anaknya di sebuah sekolah berdekatan.
Katanya, pada awalnya dia menyangka anaknya itu dijemput ibu saudaranya kerana pulang lewat jam 5 petang berikutan mengikuti kelas tambahan, namun akibat salah faham, mereka tidak menjemputnya.
“Ketika tiba di rumah pada jam 6 petang, saya lihat anak ada di rumah dan dia menangis sebelum menceritakan kejadian hampir diculik sebelum diselamatkan dua lelaki menunggang motosikal.
“Sebelum kejadian, anak saya menunggu di depan sekolah bersama seorang murid tahun enam, tetapi selepas keluarga murid itu datang mengambilnya, anak saya tinggal berseorangan,” katanya.
Menurutnya, dia memaklumkan kejadian itu kepada pihak sekolah dan dinasihatkan supaya membuat laporan polis dan kemudian membuat laporan di Balai Polis Pengkalan Chepa, di sini, pada jam 11 pagi semalam, lapor Hmetro.
“Saya tidak mempunyai musuh atau berhutang dengan sesiapa sehingga ada orang yang mahu menculik anak.
“Saya berterima kasih kepada dua penunggang motosikal yang menyelamat dan menghantar pulang anak saya,” katanya yang berharap dua penunggang motosikal itu datang berjumpanya supaya dia sekeluarga dapat berterima kasih kepada mereka.
Related Articles
Labels:
crime
Catat Ulasan