SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MH370 Cadang batal sambutan Songkran
KUALA LUMPUR: Senator Datuk Boon Som Inong mencadangkan sambutan Tahun Baru masyarakat Siam atau Hari Songkran di peringkat negeri dan kebangsaan dibatalkan sebagai menghormati tragedi yang menimpa Malaysia Airlines MH370.
Sebaliknya, Boon, yang juga wakil komuniti berketurunan Siam di Malaysia menyarankan masyarakat Siam di negara ini menyambut kedatangan hari tersebut secara sederhana sebagai tanda simpati terhadap 239 penumpang dan anak kapal penerbangan itu.
Tahun Baru Masyarakat Siam atau Hari Songkran biasanya disambut selama sebulan bermula 13 April atau pada Rem 1 kham dean 5 (mengikut kalendar Thai) setiap tahun dengan mengadakan pelbagai acara meriah.
Boon berkata, masyarakat Siam di seluruh negara turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga penumpang dan anak kapal itu serta berharap mereka akan sentiasa tabah dalam menghadapi dugaan ini.
Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu, hilang daripada skrin radar, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Isnin lepas mengumumkan bahawa penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi. - Bernama
Labels:
MH370
Catat Ulasan