1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Hilang 29 rakan sekali gus- Trajedi MH370
Petaling Jaya: “Macam tak percaya apabila kami dari kilang Freescale semicunductor kehilangan ramai kakitangan pengurusan sekali gus. Sebaik tiba di kilang untuk memulakan syif pagi tadi (semalam) semuanya seperti biasa, sehinggalah kami mendapat e-mel daripada pengurusan.
“Saya simpati dengan apa yang berlaku. Kebiasaannya memang syarikat menghantar pengurusan untuk urusan perniagaan ke China, tak sangka kali ini berakhir dengan berita sedih,” kata kakitangan kilang Freescale Semiconductor yang mahu dikenali Amin.
Katanya, dia dimaklumkan rakan ketika tiba di tempat kerja pagi semalam dan terkejut apabila mendengar salah seorang daripada pengurus pengeluaran terbabit dalam nahas.
Menurutnya, dia mengenali pengurusnya itu sebagai seorang yang baik malah disenangi pekerja dan bersimpati dengan nasib menimpanya.
“Semua staf menerima emel mengenai kejadian dan pengurusan menjelaskan masih menunggu perkembangan terkini mengenai kejadian itu,” katanya.
--hmetro


Catat Ulasan