KALIMAH ALLAH: KERAJAAN JADI TUNGGUL?
-
* DIPETIK DARI LAMAN ISU VIRAL*
Isu ini telah membangkitkan rasa tidak senang pelbagai pihak tidak kira
kumpulan politik, NGO mahupun rakyat major...
Jentera Pas Boikot PRK DUN Kajang Di Dalam Diam – Idris Haron
KAJANG, 17 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyifatkan kurangnya penglibatan jentera Pas di dalam PRK DUN Kajang ini merupakan kesan daripada kemelut dan krisis yang berlaku di dalam Pakatan Pembangkang, terutamanya yang melibatkan antara parti Pas dan PKR.
Apa yang berlaku hari ini menurut beliau, adalah terjemahan kepada perbalahan beberapa isu politik yang nampak kecil tetapi ianya sesuatu yang besar jika dinilai daripada prinsip perjuangan, apabila calon PKR menyaman Presiden Pas, Datuk Seri Haji Hadi Awang.
“Kes saman calon PKR terhadap Presiden Pas ini sebenarnya memberikan kesan yang amat mendalam terhadap ahli dan penyokong Pas. Dan saya yakin, perasaan tidak puas hati di kalangan ahli dan penyokong Pas telah diterjemahkan dengan kurangnya penglibatan jentera Pas dalam kempen PRK DUN Kajang ini. Ini juga menjadi punca kepada apa yang dapat kita lihat pada musim PRK kali ini.
“Dalam masa yang sama kita dapat lihat PKR secara terang-terang memperlihatkan seolah-olah merekalah parti yang menjadi ketua dan betul dalam semua aspek. Sehingga apabila kononnya, Anwar Ibrahim yang dikatakan sebagai calon untuk memperbetulkan kemelut politik di Selangor, pertembungan di antara PKR dan PKR, iaitu antara Tan Sri Khalid dan Azmin,tiba-tiba tidak layak bertanding menamakan isterinya sendiri sebagai calon bagi menggantikan dirinya.
“Sepatutnya PKR memulangkan semula kerusi tersebut kepada calon berbangsa Cina, tetapi sebaliknya, Anwar membuat keputusan untuk meletakkan isterinya sendiri sebagai calon. Inilah contoh secara jelas politik kronisme, nepotisme dan politik kekeluargaan. Apakah tidak ada orang lain yang layak menjadi calon di DUN Kajang ini?” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau juga berkeyakinan bahawa hari ini PKR berada di peringkat yang amat terdesak dan tidak boleh pulang ke pangkal jalan. Malah jika didengar ucapan-ucapan daripada calon PKR, Dr Wan Azizah hanyalah untuk menarik simpati rakyat terhadap suaminya, dengan mendakwa Anwar dizalimi dan sebagainya.
“Sedangkan itu adalah keputusan yang telah ditetapkan oleh mahkamah yang perlu. kita hormati. Bahkan Presiden Pas sendiri pun akur dengan keputusan tersebut dan beliau hanya sekadar melahirkan rasa simpati terhadap Anwar Ibrahim apabila mahkamah membuat keputusan beliau bersalah dalam kes tersebut.
“Malah majlis peguam sendiri, melalui kenyataan Presidennya Christopher Leong mengakui bahawa hanya mempertikaikan mengapa hanya Anwar yang dijatuhkan hukuman dan Saiful dilepaskan, namun tidak menafikan bahawa perlakuan liwat itu berlaku,”ujarnya.
Katanya lagi, Jpengundi Kajang tidak bodoh untuk melihat dan meneliti segala kemelut dan permasalahan yang berlaku di dalam PKR hari ini dan tahu untuk memilih yang mana kaca dan yang mana permata.
“Dan saya merayu kepada pengundi-pengundi di DUN Kajang ini, jadilah sebahagian daripada mereka yang boleh melakukan perubahan dengan menggunakan hati dan tangan. Gunakanlah tangan anda untuk memilih calon yang sesuai dengan semangat untuk membina kehidupan yang lebih baik untuk masa yang akan datang,” akhiri beliau. -MediaUMNO
Labels:
Politics
Catat Ulasan