1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Laluan penerbangan MH370 diprogramkan, bukan kawalan manual, kata laporan
Lencongan arah yang diambil pesawat Malaysia Airlines MH370, jauh dari laluan dijadualkan ke Beijing, diprogramkan menerusi sistem komputer pesawat, bukan kawalan manual, menguatkan lagi anggapan seseorang di dalam kokpit bertanggungjawab terhadap kehilangan pesawat itu 11 hari lalu, lapor New York Times.
Memetik pegawai kanan Amerika, akhbar itu berkata, individu terbabit yang mengubah laluan penerbangan “taip tujuh atau lapan ketukan kekunci di komputer yang berada di antara kapten dan pegawai pertama”.
Peralatan itu, yang juga dikenali sebagai Sistem Pengurusan Pesawat, mengarahkan pesawat dari satu titik ke titik lain seperti dinyatakan dalam pelan penerbangan yang dihantar sebelum penerbangan.
Bagaimanapun, tidak diketahui jika laluan pesawat itu diprogramkan semula sebelum atau selepas berlepas.
Ini mengukuhkan lagi keyakinan penyiasat pesawat itu sengaja dilencongkan dan wujud perbuatan khianat dalam kes kehilangan MH370, kata akhbar itu.
Penyiasat, sebelum ini dilaporkan, memberi tumpuan kepada juruterbang dan pembantu juruterbang pesawat itu susulan penemuan berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada Sabtu mengumumkan penyiasat Malaysia percaya pesawat itu sengaja dilencongkan sementara transponder dan alat telekomunikasi lain ditutup secara manual.
Sistem Pengurusan Penerbangan melaporkan status Sistem Laporan dan Komunikasi pesawat (ACARS), yang kemudian menghantar maklumat itu kepada pangkalan penyelenggaraan, kata pegawai kepada NYT.
Ini menunjukkan ACARS hanya berhenti berfungsi selepas program semula berlaku. ACARS berhenti berfungsi pada waktu hampir sama komunikasi radio terhenti, seiring dengan transponder pesawat, meningkatkan syak wasangka wujudnya perbuatan khianat.
NYT melaporkan pesawat meneliti pita radar dari tempat pesawat berlepas di Kuala Lumpur kerana mereka percaya ia akan menunjukkan ia melepas “pra-perancangan titik arah” – yang dikatakan seperti penanda jarak maya di udara.
Ini menandakan juruterbang berkenaan perlu mempunyai pengetahuan yang tinggi perlu ada dalam pesawat itu kerana tidak mungkin ia boleh melepasi titik arah tanpa menggunakan komputer.
Titik arah itu, dalam kes ini, nampaknya ditambah ke dalam laluan penerbangan yang dirancang, kata penyiasat.
Juruterbang biasanya berbuat demikian ketika terbang jika mereka diberitahu oleh pengawal trafik udara untuk mengambil laluan lain bagi mengelak keadaan cuaca tertentu atau kesesakan.
“Tetapi dalam kes ini, titik arah terlalu jauh daripada laluan ke Beijing,” kata laporan itu.
“Sesiapa yang mengubah laluan pesawat itu perlu seseorang yang sudah biasa dengan pesawat Boeing, tetapi tidak semestinya 777 – model pesawat yang hilang.”
Agak tidak masuk akal untuk mempercayai penumpang yang memprogramkan semula sistem penerbangan itu, kata pegawai dan pakar Amerika.
Ahad lalu, ABC News melaporkan penyiasat percaya pesawat itu dikawal oleh juruterbang atau perampas kerana program laluannya berpatah balik.
Bekas pegawai keselamatan kesatuan penerbangan, John Cox, dipetik sebagai berkata “seseorang bersusah payah untuk mengalih laluan pesawat tidak padan dengan corak kes lalu apabila juruterbang dengan sengaja menghempaskan pesawat dan menyebabkan semua penumpang maut.”
Beliau membandingkan kehilangan MH370 dengan dua kes bunuh diri – pesawat Egyptair ke Pulau Nantucket pada 1999 dan SilkAir di Indonesia pada 1997.
Juruterbang kedua-dua pesawat berkenaan hanya tekan butang pesawat dan terus terjunam ke dalam air.
Pegawai polis Cawangan Khas menggeledah rumah Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan Pegawai Pertama Fariq Abdul Hamid, 27.
Antara barangan yang dirampas untuk pemeriksaan ialah simulator penerbangan Zaharie yang dibina di rumah.
Seorang pegawai kanan polis yang biasa dengan siasatan itu berkata, program simulator penerbangan itu diperiksa dengan terperinci, dan menambah ia kelihatan normal yang membenarkan pengguna berlatih mengendalikan pesawat ketika berlepas dan mendarat dalam pelbagai keadaan.
Seorang lagi pegawai kanan polis yang tahu mengenai siasatan itu berkata, mereka tidak menemui sebarang bukti yang mengaitkan juruterbang itu dengan sebarang kumpulan militant. – 18 Mac, 2014.
--Yahoo News


Catat Ulasan