1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Lelaki dikejarkan ke hospital ‘anu’ disunat rakan sendiri
KUCHING – Seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) akibat pendarahan pada alat kelaminnya selepas dikatakan disunat oleh rakannya pagi semalam.
Menurut sumber, mangsa berusia 22 tahun dan berasal dari Lubok Antu itu tinggal bersama beberapa orang rakannya di rumah pekerja di sebuah tapak pembinaan di Bandar Baru Batu Kawa (MJC), di sini.
Insiden tersebut dikatakan berlaku sekitar lewat malam kelmarin di mana alat kelaminnya mangsa telah disunat oleh rakannya dipercayai atas kemahuan mangsa.
Bagaimanapun, berlaku pendarahan yang keterlaluan menyebabkan rakan mangsa terpaksa menghubungi pihak ambulans untuk bantuan.
Mangsa kemudian dikejarkan ke HUS oleh anggota peramedik dari Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM).
Sehingga berita ini ditulis semalam, mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil, lapor Utusan Borneo.
Labels:
Headlines


Catat Ulasan