Home » » Lelaki mengaku salah tuduhan rogol kanak-kanak 13 tahun, dipenjara 5 tahun

Lelaki mengaku salah tuduhan rogol kanak-kanak 13 tahun, dipenjara 5 tahun


Seorang lelai dijatuhi hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Sesyen di George Town selepas mengaku bersalah terhadap tuduhan merogol seorang kanak-kanak pada 2009.
Hakim Zulhasni Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd Hazri Abdul Ghafor 28, selepas mengambil kira kepentingan awam dan pengakuan bersalah tertuduh.
Hazri yang bekerja sendiri, dituduh melakukan kesalahan itu pada Mac 2009 di sebuah blok Flat Kampong Melayu, Air Itam.
Dalam prosiding hari ini, timbalan pendakwa raya S. Selvaranjini memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang setimpal ke atas tertuduh sebagai pengajaran memandangkan kesalahan yang dilakukan adalah serius.
Katanya walaupun perbuatan itu dikatakan dipersetujui mangsa tetapi usia mangsa ketika itu baru 13 tahun dan dia masih tidak berfikiran matang.
Sementara itu peguam bela Hazri, Rosli Ismail memohon mahkamah menimbangkan hukuman lebih ringan kerana pengakuan bersalah tertuduh telah menjimatkan masa mahkamah.
Katanya Hazri yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau turut kesal dengan perbuatannya dan mahu bertanggungjawab terhadap mangsa serta anak yang kini berusia 3 tahun hasil daripada perbuatan itu.
"Mangsa dan tertuduh berkawan, perbuatan itu adalah atas kerelaan mangsa dan tiada kekerasan fizikal terhadap mangsa. Pengakuan salah daripada tertuduh telah mengelakkan mangsa daripada trauma," katanya.
Mahkamah juga diberitahu bahawa mangsa kini menjalani program pemulihan di sebuah Sekolah Tunas Bakti. – 17 Mac, 2014.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger