1MDB: NAJIB RAZAK TAK BERSALAH
-
Dipetik dari blog MIM yang bertajuk *Tim Leissner, Najib Razak Dan 1MDB -
Kenapa Peguam Negara Berdiam Diri?*
*KENYATAAN MEDIA PEGUAM DATO' SRI NAJIB RAZ...
Malaysia disegani dan Kepimpinan PM dihayati
Pengumuman perjanjian damai antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) telah menyuluh cahaya kepada bakat, kebolehan dan gaya kepimpinan PM Najib Razak yang sering dilabel lemah dan dikritik tanpa asas.
White House melalui Pejabat Setiausaha Medianya, dalam satu kenyataan mengalu-alukan perjanjian rangka kerja antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro yang dimeterai di Manila semalam
White House memuji peranan berterusan Malaysia yang menjadi pengantara rundingan damai antara dua pihak itu sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Oktober lalu
Penghargaan tinggi turut disuarakan oleh Presiden Benigno Aquino yang menjunjung teladan kepimpinan PM Najib Razak.
Pada tahun 2004, PM Najib sendiri menjadi peneraju kepada Pasukan Pemantau Antarabangsa dalam isu MILF ini. Selepas menjawat jawatan Perdana Menteri, beliau secara peribadi memastikan Jabatan Perdana Menteri meningkatkan usaha ini agar matlamat kedamaian dapat dicapai seberapa segera sehingga akhirnya membawa kepada perjanjian ini.
Sejarah akan mengingati PM Najib Razak arkitek Perjanjian Damai MILF-Filipina. Sememangnya beliau layak dikalung segala pujian yang diutarakan berdasarkan komitmen beliau dalam usaha ini yang bermula sejak 2001 melalui penubuhan Pasukan Pemantau Antarabangsa.
Labels:
Politics


Catat Ulasan