Home » , » Malaysia secara rasmi minta bantuan antarabangsa

Malaysia secara rasmi minta bantuan antarabangsa


Malaysia merayu bantuan dan penyelarasan antarabangsa dalam usaha pencarian pesawat yang hilang yang bagi pencarian di dua koridor dari Laut Kaspia hingga selatan Lautan Hindi, kata diplomat pada hari Ahad, seperti dilapor agensi berita Reuters.
Pegawai Malaysia menerima taklimat daripada kira-kira 20 buah negara mengenai kemajuan siasatan selepas menghentikan pencarian di Laut China Selatan bagi pesawat yang hilang daripada skrin radar lebih seminggu lalu bersama-sama 239 penumpang termasuk anak kapal.‎
Walaupun setiap negara menyelaraskannya secara individu, permintaan rasmi membawa kepada fasa diplomatik yang baru dalam operasi yang sebelum ini dibayangi oleh China yang sering mengkritik cara Malaysia mengetuai operasi mencari dan menyelamat.
"Mesyuarat itu adalah untuk kita tahu apa yang berlaku dan jenis bantuan yang diperlukan. Ia  lebih kepada mereka memberitahu kami, 'sila masukkan semua sumber anda," kata TS Tirumurti, Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia kepada Reuters.
Inisiatif diplomatik boleh menjadi signifikan kerana negara akan berkongsi segala data tentera mengenai pesawat Boeing 777 itu dan membantu kegagalan negara-negara Asia Tenggara bekerja sebagai satu blok pada saat krisis, kata seorang diplomat.
"Terdapat had yang jelas berhubung data ketenteraan tetapi mereka sedar ini adalah perkara komersial " tambah diplomat itu. – 16 Mac, 2014.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger