Home » » Mekanik rugi RM100,000 bengkel terbakar

Mekanik rugi RM100,000 bengkel terbakar


BESUT - Seorang mekanik kerugian kira-kira RM100,000 apabila bengkel kereta yang terletak di sebelah rumahnya di Kampung Beting Lintang di sini musnah terbakar awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, dua buah kereta milik pelanggannya hangus terbakar termasuk kira-kira 20 buah enjin kereta.

Mangsa, Tan Kian Joo, 36, berkata, ketika kejadian dia sedang tidur bersama lima ahli keluarganya di rumah yang terletak di sebelah bengkel.

Menurutnya, dia terjaga dari tidur apabila terdengar bunyi letupan dan sebaik keluar api sedang marak membakar bengkel itu.

“Saya sempat menyelamatkan kereta Nissan Navara saya yang turut berada di dalam bengkel tersebut, namun ia turut mengalami kerosakan manakala dua kenderaan pelanggan dan kelengkapan lain rosak,” katanya ketika dilawati Adun Kota Putera, Mohd Mahdi Musa semalam.

Kian Joo berkata, penduduk kampung keluar untuk membantu namun tidak mampu berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat, selain berlaku letupan dari tangki minyak sebuah kereta yang menyebabkan kereta tersebut terangkat.

Menurutnya, kepantasan pasukan bomba dan penyelamat bersama sebuah jentera berjaya mengawal api daripada merebak ke rumahnya dan rumah jirannya yang terletak bersebelah.
Share this article :

Catat Ulasan

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Today Now - Today News Online - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger