Hishammuddin berkata setakat ini semua 26 negara yang terlibat dalam operasi SAR itu menawarkan bantuan secara percuma dan tiada sebarang isu berkaitan kewangan dibangkitkan setakat ini.
“Dalam hal ini berapa banyak duit pun tidak menjadi pertimbangan kerana apa
makna wang Ringgit jika kita sendiri tak tahu apa berlaku kepada MH370 yang
boleh jadi tanda tanya kepada setiap orang yang naik kapal terbang sekarang,”
katanya.
Mengenai cemuhan yang dilontar pihak tertentu terhadap cara Malaysia
menyelesaikan kehilangan pesawat MH370, Hishamuddin menegaskan perkara
sedemikian tidak wajar berlaku kerana operasi SAR melibatkan 26 negara lain yang
mana ada antaranya mempunyai peralatan serta teknologi yang canggih dan moden.
“Kita tak dicemuh begitu teruk kerana mereka (yang terlibat) pun tidak ada
jawapan. Orang lain hebat kenapa mereka tak jawab? Yang cari di Lautan Hindi
aset kita kah?
“Ada imej di Laut China Selatan dari cerapan satelit China. Kita kembali dan
ulangi pencarian yang telah kita lalui dan umumkan (hasil) negatif,” jelasnya.
Catat Ulasan