SIAPA PENCURI? #KetuaKampung #P125 @TengkuAdnanReal JAWAB #TSUNAPHTNAH TUN
M!!
-
Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor yang juga calon BN P125, Parlimen Putrajaya, menjawab pertuduhan
Pengerusi ...
MH370 China jamin akan terus beri kerjasama kepada Malaysia - delegasi
KUALA LUMPUR: Delegasi khas kerajaan China yang diwakili oleh Zhang Yesui memberi jaminan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa China akan terus memberikan kerjasama untuk mencari pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.
Dalam pertemuan khas yang diadakan di Bangunan Parlimen tengah hari tadi, kerajaan China anggap Malaysia sebagai rakan global yang penting dan akan terus meningkatkan hubungan dua hala kedua-dua negara.
Dengan misi mencari tertumpu kepada koridor selatan di Lautan Hindi, China akan menghantar 11 kapal, dimana 3 sudah pun berada di lokasi itu.
Dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, Najib berkata bahawa Malaysia akan terus memberikan maklumat maklumat teknikal misi pencarian dan juga meningkatkan komunikasi dan koperasi.
Seramai 153 rakyat China menaiki pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200 dari Kuala Lumpur ke Beijing yang hilang dari radar awam pada 8 Mac hampir satu jam selepas berlepas dari Kuala Lumpur.
Di Beijing, kira-kira 200 anggota keluarga berarak dengan membawa sepanduk di depan Kedutaan Besar Malaysia bagi melahirkan kekecewaan mereka berkaitan berita tentang nasib pesawat itu
Read more at: http://www.astroawani.com/news/show/china-jamin-akan-terus-beri-kerjasama-kepada-malaysia-delegasi-32592?cp
Labels:
MH370
Catat Ulasan